Wednesday 15 August 2012

Raya..raya..raya

Salam...:)


Hai readers! Memandangkan ramai kawan-kawan di luar sinun nak balik kampung...eh jangan tak tahu ada gak yang dah ada di kampung, haish tak lupa juga yang dah bercuti awal pun ada sebab nak kemas rumah...almaklumlah masa mencemburui kita, maka tuan blog ni pun nak buat ucapan raya. Yelah semenjak tak bagi sentimental value yang ofkoslah kad raya, maka dalam blog yang tak seberapa ni Gie nak memohon ampun maaf atas segala kesilapan, salah faham, melukai ke, terlukakan ke, marah ke dan semualah yang mana telah menyebabkan rasa yang tak best sangat. Apa-apa pun Gie sudah maafkan. Gie pun nak cuti beraya tak lama lagi sekali harung dengan blog kecil ni. Ikutlah nak bersawang ke apa ke...bawak-bawak berehat ye blog...be nice and behave ok....good.

Jemput makan kuih bahulu
Makan ketupat sambil bersila
Bulan Ramadan hampir berlalu
Bulan Raya kembali semula


Aku bukan nak beraya di Paris
Tak pernah juga guna minyak pelaris
Jika ada hatimu yang terhiris malah terguris
Akanku ungkapkan kata maaf sampai berbaris-baris



**Jaga mata, hati, mulut dan perut ye:)

Tuesday 14 August 2012

Mood ke mana?

Salam,

Semua sihat ke? tuan blog? oh tak berapa sihat....sakit tekak, batuk dan flu. Satu family batuk kung kang kung kang. Alhamdulillah ada hikmahnya. Nasib baik kuat semangat lagi, kalau tak....puasa ke tak ni. Raya Aidilfitri dah semakin dekat, semakin rancak orang membeli-belah. Nampak semangat nak beraya gitu ditambah dengan dapat bonus dan gaji pun awal. Berjimat dan bersederhana lebih baik.

Mood korang ke mana? ke raya ke? ke berkuih raya ke? ke gelisah langsir tak pasang lagi ke?  ke belum jumpa tudung yang nak di matchingkan dengan baju ke? ke mood geram sebab bos asyik tanya soalan yang sama ke? ke ape ke? apa kes banyaknye soalan Gie pada korang.

Mood Gie sepanjang beberapa lama tak update blog adalah...

9 Ogos 2012 - MOOD BENGANG...alaaaa jerawat tak surut-surut, bertambah adalah...sabar Gie. Pergi farmasi yang berdekatan...tutup!!!! waduh, sempat ke kalau nak guna petua-petua bagai...Lastly, redha je, comel apa ada jerawat...wakakakaka nak sedapkan hati sendiri

10 Ogos 2012 - MOOD CERIA...ada majlis iftar dengan staf company tempat husband kerja. Mood bertukar ceria apabila dapat merasai masakan di Restoran Wong Solo, Kajang. Tekak pula disimbahi dengan air kelapa...wah dingin terasa. Suasana restoran  yang hijau menyejukkan semula hati yang sedang panas. Foto tiada ye. Boleh KLIK SINI. Biasanya makan di Restoran Wong Solo, Bangi.

11 Ogos 2012 - MOOD GIGIH...Hujung minggu ni...nak masak apa ye? Tetiba teringat karipap bonda tapi dah habis kami lahap. Bukan tu je kalau nak makan banyak kena buat sendiri. At least dapat buat yang tak berapa pedas, bolehlah anak-anak makan. Ni memang buat banyak untuk frozen sekali. Gigih beno buat sebelum berbuka. Ha ni Gie buat penuh dengan inti, kulitnya nipis je. Alaaa foto pun tak da. Ala-ala macam foto kat bawah ni la. Tapi itu lagi cantik la kan...yang Gie buat kejap kang comel kejap kang nan hado lah. Tapi jangan risau raso ado ok.




12 Ogos 2012 - MOOD TAKTENTUHALA KOT...Yeh hari ni tak payah masak. Nak jumpa mak sebab dah lama tak jumpa disamping hati eksaited nak bagi dia telekung idaman hati dia. Alhamdulillah dapat jugak telekung ni walaupun hargnya mahal. Foto sekali lagi tak de. Telekungnya lebih kurang macam ni. Telekung ni 2 lapis dan lapisan dalamnya labuh. Bahagian muka pun kemas dan cantik.



Alaaaa mak ajak makan kat surau, dapur tak berasap tau...ok mak..sedih sikit sebab nak yang mak masak. Tp kan menunya...sambal udang petai, ikan percik dan kari ikan...peh terbaik!!!sedap sangat ditambah lagi makan dalam dulang. Moreh pula pergi Marhaba. Ni gara-gara nak makan Shawarma yang sis Art kata sedap tu. Memang sedap la. Rotinya lembut, isinya padat. Haaa foto pun tak de tau. Lebih kurang macam ni ye. Tapi yang kat Marhaba tu isinye ayam, kentang, mayonis, timun jeruk...dan apa lagi tak tau.




**moodykah aku??. . sampai nak ambil gambar pun lazy. Korang semua tak mau moody-moody ye. Ceria selalu, awet muda:P


Wednesday 8 August 2012

Lain jadinya...

Salam,


Alhamdulillah another day but we still in Bulan Barakah...Ramadan...haaaa ada yang tengah bilang hari nak cuti beraya kan. oh berbunga-bunga hati seiringan dengan lagu-lagu raya yang hijauselamanya tu. Tq ye jiran-jiran yang dok pasang lagu raya tu. Apa-apa pun my entry masih berkisarkan Ramadan...ewah seperti tidak mahu melepaskannya kerana masih ada sesuatu di dalamnya.:).


Lain jadinya apabila...

a) Alamak wa dah terorder/dipaksarela order biskiutmiut raya, padahal wa nak buat sendiri

b) Alamak wa memang nak order satu jenis je kuih raya tapi teroder 2345678 jenis kuih raya sebab semua nak sumbat dalam perut chumel la sangat ni

c) Alamak wa punyer BMI macam tak banyak beza pun dari sebelum puasa...kihkihkih mana tak nyer wa lahap karbo je...berbuka karbo, moreh karbo....eh kan memang kena ambil karbo but kuantitinya banyak!!

d) Alamak wa punyer baju raya ter5678 pasang, padahal laki dan anak-anak gua tak do lagi!!parah!!!!!!

e) Alamak wa macam tak sempat je nak wat biskut raya sendiri, mana tak nyer dah terorder yang kat b) tadi kan

f) Alamak wa dah plan nak bajet RM500 untuk duit raya...checking checking wa punyer roadtax kereta lembukudajantan jatuh pada hari raya...sila bertabah..huhuhu

g) Alamak wa...SAHAJA AKU BERPUASA DARI MEMBELI TAK BELAHBELAH MAKANAN DI PASAR RAMADAN...tapi ni entah berapa kali kena beli je daripada tung tang kat dapur masak sendiri...nak buat macam mana ada hal yang tak dapat dielakkan

h) Alamak sampai sekarang tak pergi terawih...eh eh eh apa kes ni????

g) Alamak wa tadarus tak???....hanya wa dan si Dia je tahu....ye ke?




***Kita hanya insan biasa yang sering leka, tersasar, walaupun syaitan diikat tapi nafsu masih ada. Jom muhasabah diri lagi. Siapalah kita nak menolak takdirNya. KetentuanNya lebih cantik dan sempurna.:)

Tuesday 7 August 2012

Sudut...


Di tepian sudut itu aku menyendiri
Di tepian sudut itu aku melabuhkan diri
Di tepian sudut itu aku termenung yang bererti
Di tepian sudut itu aku tanya diri sendiri
Di tepian sudut itu aku kenang kembali
Di tepian sudut itu aku pelajari
Di tepian sudut itu aku peroleh kekuatan diri
Di tepian sudut itu aku yang pasti bukan seorang diri
Di tepian sudut itu aku akhirnya mensyukuri




** Untuk keyakinan diri, jom baca Surah An-Nur, ayat 11-25.

Tq sudi baca:)

Monday 6 August 2012

Menu #5

Salam...


Sihat ke semua? Gie alhamdulillah sihat untuk hari puasa yang ke 17 hari ni. Lagu raya? oh tak perlu ceritalah sebab dah boleh dengar di shopping mall, apetah lagi di corong-corong radio....hati pula semakin berdebar kerana bulan Ramadhan di pertengahan sudah. Sekarang pun dah semakin ramai blogger buat kuih raya, awal Ramadhan hari tu ramai yang tayang menu berbuka...oh mood sudah ke kuih raya gamaknya. Menu berbuka tu cukuplah sekadar mengalas perut...simple-simple gitu. Buat pengetahuan semua Gie suka hidup yang simple...ala-ala ringkas gitu. Sampai ke menu pun nak yang ringkas...ye ke?? bukan ke I ni kurang masa nak siapkan menu yang gedevas dan kebabom?? hihihi itu yang sebenarnnya...


Untuk pembacaan seterusnya...silalah buntangkan mata comel kalian..
Amaran...ini entry panjangberjela!


Menu A: Kuih-muih

Agar-agar ataupun lengkong...lame dah tak panggil ni kuih lengkong...chumel sungguh. Ni kuih simple betul tak para pembaca?

Bahan:

Agar-agar Oldskul

Sepeket agar-agar
Air ikut yang yang tertera pada peket agar-agar tapi Gie tambah sikit lagi
Gula sesedap rasa
Sirap ros
Susu pekat campur susu cair
Milo...hihi suka-suka je nak buat perisa apa

Cara  membuat:

Masak air
Masukkan agar-agar stripe tu dan kacau sampai larut.
Masukkan gula ikut rasa manis kesukaan ramai.
Masukkan susu cair dan susu pekat.
Masak semua tu sampai mendidih.
Tutup api dan bahagikan larutan kepada 2 bahagian dan letak pewarna/perasa kegemaran.
Tuangkan ke dalam loyang.
Potong apabila larutan bertukar kepada kenyal.

Haaaa ni hasilnya...wah simplenya...boleh cuba ni!

Agar-agar/lengkong



Dahulu Gie tak berapa suka kuih pau...ape kelasss kan... entah sejak bila jadi suka sangat. Lepuk muka sendiri...dulu jual mahal konon! hamik sekarang suka sangat!

Bahan:

Pau kelapa kacang hijau alltime like!

Inti

Agak-agak dalam suku kg ada kot kacang hijau yang telah direbus hingga hancur
Gula merah
Gula pasir
Dalam sebiji setengah kelapa muda yang sesuai untuk membuat inti
Air sedikit
Untuk kesedapan yang maksima sila tambah secubit garam serta santan 

Cara membuat:

Apabila dah rebus kacang hijau, campur kelapa parut muda, gula merah, gula pasir, garam dan santan dan kacau sampai sebati.
Setelah sejuk, bulat-bulatkan.

Kulit pau-nyer

Tepung gandum dalam 4 cawan (hihihi banyakkan? anak ramai ke apa ni?...eh tak per boleh simpan dalam freezer untuk dijadikan frozen food kalau tak pun bolehlah dihulurkan ke jiran tetangga bagi merasa air tangan kamoooo)
Minyak masak dalam 2 sudu besar
Garam secukup rasa
Yis 1 sudu kecil(serbuk) dan larutkan dalam air
Gula sikit
Air untuk dijadikan doh

Cara membuat:

Setelah inti dimasukkan ke dalam doh yang telah dibulat-bulatkan, sapukan adunan tersebut dengan minyak masak. 
Daun pisang sebagai pengalas adunan untuk kukus nanti hendaklah disapukan dengan sedikit minyak juga untuk elak kuih dari melekat pada permukaan daun pisang.
Tunggu sehingga adunan naik dalam masa setengah jam. 
Jangan lupa tutup adunan bagi mengelakkan adunan kering disebabkan angin sepoi-sepoi bahasa tu.
Sediakan tempat kukusan.
Kukus adunan kuih dalam masa 10 minit sahaja.
Biarkan kuih yang telah siap dikukus sejuk pada suhu bilik sahaja.
Kuih yang telah siap boleh difrozenkan untuk aktiviti memakan pada masa akan datang...hukhukhuk.

Dannnnn ini hasilnya....simple tak? 

Oh pau...kaulah Pau kelapa kacang hijau alltime like!


Menu B: Roti oh roti

Di rumah Gie ni ada masa tertentu asyik syok mengadap roti....roti je. Kalau biskut....biskut je. So, bila masing-masing dah jemu, inilah jadi....

Bahan:

Roti Arab?????????

Roti sosej
Telur
Minyak-sedikit je untuk menggoreng
Perencah sup
Nuget apa-apa je tapi Gie guna nuget lembu
Mayonis
Daun sup
Daun bawang
Bawang besar...tak mau letak pun tak pe
Sos cili
Garlic spread
Garam 
Gula

                                         

Cara membuat:
Roti di potong kepada dua
Roti tersebut disapu dengan garlic spread
Panaskan kuali dan letak sedikit minyak
Bancuhkan telur dengan sedikit perencah sup, secubit garam, daun sup, daun bawang yang telah diracik, bawang besar yang juga diracik serta gula. 
Letak roti di atas kuali dan sapu dengan bancuhan telur dan goreng sampai masak.
Goreng nuget.
Sedia untuk menghidang.

Si suami kata...roti arab ke??? roti simple ni ku beri nama roti arab???

Roti Arab???


Menu C: Ikan... petua dan menu


Gie memang suka makan ikan, bertambah suka bila dapat yang segar lagi. Dapat rasa kemanisannya, tak cukup seekor kutambah lagi seekor kungap-ngapkan. Bagi menghasilkan menu yang simple dan cepat maka goreng saja ikan tu. Nah Gie nak bagi petua.

1) Petua ikan rasa segar walaupun sudah diletak lama dalam bahagian frozen tu adalah setelah beli di pasar cuma perlu lalukan di bawah air dan terus simpan di bahagian frozen tanpa perlu siang. Nanti bila nak memasak baru siang ye.

2) Petua ikan banyak isi yang digoreng sedap dimakan adalah jangan goreng terlampau garing. Korang mesti 
tahu ikan apa yang banyak isi ye dak...

Ikan selar dan ikan cencaru goreng

Pernah dengar tak ikan kapak? Korang ingat rock je ada kapak...ikan pun ada kapak. Bentuk badannya agak lebar, ada bintik-bintik hitam di bahagian atas, kulit di bahagian bawah seperti warna timah dan isi berwarna putih. Sesuai dibuat ikan masin. Bagi yang segar sesuai dimasak goreng, masak lemak cekur dan goreng bercili. 

Inilah ikan kapak yang telah digoreng sedia untuk dimakan...dap dap dap....



Ikan kapak goreng

Menu D: Siapa makan cili dia terasa pedas

Bahan:

Cili
Kicap
Budu
Bawang besar
Limau nipis
Tomato

Cara membuat:

Potong kecil-kecil untuk cili, bawang dan tomato.
Perahkan limau.
Tuang kicap dan sedikit budu.

Itu je mudah bukan....ini boleh menyebabkan Gie menambah nasi...parah!!!




Oh panjangnya entry menu kali ni. Tapi Gie dah bagi tau awal2 tadikan?...

Tq sudi baca.:)




Wednesday 1 August 2012

Tazkirah Ramadhan...

Salam readers:)


SMS yang tiba untuk dikongsikan...


Puasa pada hari 1 hingga 3 akan berasa sangat-sangat lapar dan dahaga kerana kesan daripada kekurangan glukosa dalam badan dan tanda kita cepat/mudah marah. Maka atasinya dengan makan buah kurma.

Puasa pada hari ke 4 hingga 15, toksin akan mula keluar dengan tanda mulut, peluh, air kencing serta najis berbau.

Puasa pada hari ke 16 hingga 30, badan mulai stabil dan sihat dan bulan seterusnya telah peroleh badan yang benar-benar sihat.



***Semoga kita semua sentiasa sihat sepanjang Bulan Ramadhan ini dan bulan-bulan seterusnya....:)