layankan anak-anak nak sepak-sepak bola...mak pun boleh sepak gak bola tu...kita tengok siapa sepak paling jauh
Salam readers...
Kadang-kadang fikiran jadi buntu bila mengadap kerja-kerja di pejabat....tengok kertas, pc, dinding, partition je kan, bila cuaca elok bolehlah release tension dengan lihat alam semulajadi. Sambil boleh bersama keluarga, bolehlah juga keluarkan peluh dan meningkatkan kadar metabolisma ye tak? Tapi ni musim hujan bila balik dari kerja, so release tension di rumah je.
Di Putrajaya semakin banyak taman buatan...so Putrajaya bukan setakat ada bangunan kerajaan je, masih ada pokok-pokok dan masih ada kawasan menghijau untuk diluaskan pandangan. So kami beriadah di area Presint 11.
Jom release tension....
wakakaka bola mainan di rumah pun boleh je nak sepak kat luar ni
feeling syok sendiri...bak diri berada di bukit tinggi, padahal tak tinggi mana pun, pada Gie view kat sini agak cantik.
Tempat berteduh....sambil-sambil duduk rehat, kami jadikan port breakfast time weekend...kadang-kadang je pun
haa ni la trek joging keliling bukit, boleh tahan la jauhnya...ni bak perkara kocik jah yang dah ada stamina tinggi nak lari keliling bukit...huhuhu nampak sangat tak cukup stamina nak kejar depa nun jauhhhh
Ok tu je buat kali ni...Selamat Beriadah...lepaskan tension jauh2..