Semoga kamu gembira sentiasa...
Jenguk di mymetro tadi...
--------------------------
Hidup dalam dunia ‘terbalik’
Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.
Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.
Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.
Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.
Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.
Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.
BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.’
“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun
-----------------------------
Masa zaman Gie sekolah agama dulu, ustazah Gie yang sorang tu kalau mengajar tak kira subjek apa pun jarang sangat pegang kitab sendiri tapi refer kat kitab anak murid yang duduk paling depan(iolls lahkan.hihihihi) tapi yang Gie kagum sebab tak perlu nak terbalikkan kitab tu ke depan dia sebab dia baca lancOr je...
Kita yang tulisan jawi tu ok lagi la tapi ni kitab AlQuran pun lancOr juga!!!
Dahsyat lah my ustazah ni!!
Zaman kanak-kanak yang baru nak belajar menulis sering jadi camni ek?...
Suruh tulis B...jadi B terbalik...adudududu...kena pulihkan semula motor halus ke kasar ni...
Ni yang membuatkan si Firas bertambah kelakOrnya.
Camnilah dia...sering buat sesuatu yang tak pernah terduga dek akal orang dewasa cam kita ni...
Bila dia menghadap kasut or selipar yang kanan kirinya terbalik maksudnya selipar untuk kaki kanan tapi kat depan dia selipar untuk kaki kiri....maka...
Camni korang tengok yang kat gambar tu...pada Gie la kan Gie ingat dia akan tukar-tukar kedudukan selipar tu tapi apa yang si Firas buat adalah yang langkah nombor 2 tu iaitu dia pegang dua-dua belah kasut tu dan betulkan dengan pusingkan lawan jam kasut yang sebelah kanan dan yang sebelah kiri ikut arah jam.....
Ada gak sesetengah orang akan ke arah yang nombor 1 maksudnya badan dia yang dibawa untuk pakai kasut/selipar tu.
**Macam-macam