Monday 6 August 2012

Menu #5

Salam...


Sihat ke semua? Gie alhamdulillah sihat untuk hari puasa yang ke 17 hari ni. Lagu raya? oh tak perlu ceritalah sebab dah boleh dengar di shopping mall, apetah lagi di corong-corong radio....hati pula semakin berdebar kerana bulan Ramadhan di pertengahan sudah. Sekarang pun dah semakin ramai blogger buat kuih raya, awal Ramadhan hari tu ramai yang tayang menu berbuka...oh mood sudah ke kuih raya gamaknya. Menu berbuka tu cukuplah sekadar mengalas perut...simple-simple gitu. Buat pengetahuan semua Gie suka hidup yang simple...ala-ala ringkas gitu. Sampai ke menu pun nak yang ringkas...ye ke?? bukan ke I ni kurang masa nak siapkan menu yang gedevas dan kebabom?? hihihi itu yang sebenarnnya...


Untuk pembacaan seterusnya...silalah buntangkan mata comel kalian..
Amaran...ini entry panjangberjela!


Menu A: Kuih-muih

Agar-agar ataupun lengkong...lame dah tak panggil ni kuih lengkong...chumel sungguh. Ni kuih simple betul tak para pembaca?

Bahan:

Agar-agar Oldskul

Sepeket agar-agar
Air ikut yang yang tertera pada peket agar-agar tapi Gie tambah sikit lagi
Gula sesedap rasa
Sirap ros
Susu pekat campur susu cair
Milo...hihi suka-suka je nak buat perisa apa

Cara  membuat:

Masak air
Masukkan agar-agar stripe tu dan kacau sampai larut.
Masukkan gula ikut rasa manis kesukaan ramai.
Masukkan susu cair dan susu pekat.
Masak semua tu sampai mendidih.
Tutup api dan bahagikan larutan kepada 2 bahagian dan letak pewarna/perasa kegemaran.
Tuangkan ke dalam loyang.
Potong apabila larutan bertukar kepada kenyal.

Haaaa ni hasilnya...wah simplenya...boleh cuba ni!

Agar-agar/lengkong



Dahulu Gie tak berapa suka kuih pau...ape kelasss kan... entah sejak bila jadi suka sangat. Lepuk muka sendiri...dulu jual mahal konon! hamik sekarang suka sangat!

Bahan:

Pau kelapa kacang hijau alltime like!

Inti

Agak-agak dalam suku kg ada kot kacang hijau yang telah direbus hingga hancur
Gula merah
Gula pasir
Dalam sebiji setengah kelapa muda yang sesuai untuk membuat inti
Air sedikit
Untuk kesedapan yang maksima sila tambah secubit garam serta santan 

Cara membuat:

Apabila dah rebus kacang hijau, campur kelapa parut muda, gula merah, gula pasir, garam dan santan dan kacau sampai sebati.
Setelah sejuk, bulat-bulatkan.

Kulit pau-nyer

Tepung gandum dalam 4 cawan (hihihi banyakkan? anak ramai ke apa ni?...eh tak per boleh simpan dalam freezer untuk dijadikan frozen food kalau tak pun bolehlah dihulurkan ke jiran tetangga bagi merasa air tangan kamoooo)
Minyak masak dalam 2 sudu besar
Garam secukup rasa
Yis 1 sudu kecil(serbuk) dan larutkan dalam air
Gula sikit
Air untuk dijadikan doh

Cara membuat:

Setelah inti dimasukkan ke dalam doh yang telah dibulat-bulatkan, sapukan adunan tersebut dengan minyak masak. 
Daun pisang sebagai pengalas adunan untuk kukus nanti hendaklah disapukan dengan sedikit minyak juga untuk elak kuih dari melekat pada permukaan daun pisang.
Tunggu sehingga adunan naik dalam masa setengah jam. 
Jangan lupa tutup adunan bagi mengelakkan adunan kering disebabkan angin sepoi-sepoi bahasa tu.
Sediakan tempat kukusan.
Kukus adunan kuih dalam masa 10 minit sahaja.
Biarkan kuih yang telah siap dikukus sejuk pada suhu bilik sahaja.
Kuih yang telah siap boleh difrozenkan untuk aktiviti memakan pada masa akan datang...hukhukhuk.

Dannnnn ini hasilnya....simple tak? 

Oh pau...kaulah Pau kelapa kacang hijau alltime like!


Menu B: Roti oh roti

Di rumah Gie ni ada masa tertentu asyik syok mengadap roti....roti je. Kalau biskut....biskut je. So, bila masing-masing dah jemu, inilah jadi....

Bahan:

Roti Arab?????????

Roti sosej
Telur
Minyak-sedikit je untuk menggoreng
Perencah sup
Nuget apa-apa je tapi Gie guna nuget lembu
Mayonis
Daun sup
Daun bawang
Bawang besar...tak mau letak pun tak pe
Sos cili
Garlic spread
Garam 
Gula

                                         

Cara membuat:
Roti di potong kepada dua
Roti tersebut disapu dengan garlic spread
Panaskan kuali dan letak sedikit minyak
Bancuhkan telur dengan sedikit perencah sup, secubit garam, daun sup, daun bawang yang telah diracik, bawang besar yang juga diracik serta gula. 
Letak roti di atas kuali dan sapu dengan bancuhan telur dan goreng sampai masak.
Goreng nuget.
Sedia untuk menghidang.

Si suami kata...roti arab ke??? roti simple ni ku beri nama roti arab???

Roti Arab???


Menu C: Ikan... petua dan menu


Gie memang suka makan ikan, bertambah suka bila dapat yang segar lagi. Dapat rasa kemanisannya, tak cukup seekor kutambah lagi seekor kungap-ngapkan. Bagi menghasilkan menu yang simple dan cepat maka goreng saja ikan tu. Nah Gie nak bagi petua.

1) Petua ikan rasa segar walaupun sudah diletak lama dalam bahagian frozen tu adalah setelah beli di pasar cuma perlu lalukan di bawah air dan terus simpan di bahagian frozen tanpa perlu siang. Nanti bila nak memasak baru siang ye.

2) Petua ikan banyak isi yang digoreng sedap dimakan adalah jangan goreng terlampau garing. Korang mesti 
tahu ikan apa yang banyak isi ye dak...

Ikan selar dan ikan cencaru goreng

Pernah dengar tak ikan kapak? Korang ingat rock je ada kapak...ikan pun ada kapak. Bentuk badannya agak lebar, ada bintik-bintik hitam di bahagian atas, kulit di bahagian bawah seperti warna timah dan isi berwarna putih. Sesuai dibuat ikan masin. Bagi yang segar sesuai dimasak goreng, masak lemak cekur dan goreng bercili. 

Inilah ikan kapak yang telah digoreng sedia untuk dimakan...dap dap dap....



Ikan kapak goreng

Menu D: Siapa makan cili dia terasa pedas

Bahan:

Cili
Kicap
Budu
Bawang besar
Limau nipis
Tomato

Cara membuat:

Potong kecil-kecil untuk cili, bawang dan tomato.
Perahkan limau.
Tuang kicap dan sedikit budu.

Itu je mudah bukan....ini boleh menyebabkan Gie menambah nasi...parah!!!




Oh panjangnya entry menu kali ni. Tapi Gie dah bagi tau awal2 tadikan?...

Tq sudi baca.:)




9 comments:

  1. Replies
    1. hihihi menu kompilasi tu...ni kira album ke 5

      Delete
  2. wahhh wlaupon nmpk simple tapi bile dah macam2 tu jd sronok pulak nengoknye kan, makin selera laa makan.... nak roti arab tu sis :)hihihi, maen mintak2 pulak ea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti sosej je tu...roti arab sile ke kedai pak arab...sekian hihihi

      Delete
    2. hihihi, gi retoran marhabah jew...

      Delete
    3. dah pergi ke restoran marhaba???

      Delete
    4. blum smpat gi lg sis, ble la agaknye ea..

      Delete
  3. Hui..menyelerakan..dah boleh buat buku resepi ni..he2..Resepi donut gee takde ke?rindula nak rase...he2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo donut, macam lame gak tak buat...insyallah nanti kita buh resepi

      Delete