Jimatkah aku?
Tak membazirkah aku?
Baguslah dia ni, window shopping je tak beli apa pun.
Dalam hati..."kembang hedOng aku" ngeh ngeh
Jimat?
Tang mana jimatnya tu?
-------------------------
Zaman belajar sekolah rendah
Bawa bekal tiap-tiap hari
Pergi sekolah tiap-tiap hari naik basikal
Kalau bawak duit 50 sen, guna 30 sen je
------------------------
Zaman belajar sekolah menengah
Dah makan siap-siap kat rumah
Kalau beli makan pun roti je tapi mesti roti sambal
Pergi sekolah naik basikal lagi
Jarang pergi keluar dengan kawan-kawan
----------------------
Zaman sebelum sambung belajar
Kerja biasa-biasa je
Pergi kerja selalu naik basikal(tempat kerja dokek je)
Dapat gaji simpan untuk sambung belajar
Ada jiran tanya tak beli barang emas ke ape ke?
Soalan apakah??
--------------------
Zaman lanjutkan pelajaran
MARA taja jap
Jarang Outing
Bawa baju pergi kuliah setakat 3 pasang je then pakai sampai lebam, tunggu naik semester next tukar baju tapi bawa 3 pasang juga
Ubat gigi tahan 3 bulan sebab guna sikit je tiap kali memberus gigi
Beli kasut yang boleh tahan lasak jenama PUMA bertahun-tahun pakai - untuk berlari ke dewan kuliah, untuk masuk hutan, untuk outing,
dating
-------------------
Zaman mula kerja
Dah pandai menyimpan sebab nak kahwin eh eh eh nak bayar balik PTPTN
OPQRSTU sekali
Jarang beli tudung sebab duk lenjan tudung zaman belajar
Pergi kojo naik motor je
Jarang pergi outing sebab duk kawasan kampung, jauhhhhhh bandarnya
-----------------
Zaman kahwin sampai sekarang
Majlis kahwin yang simple je
Untuk weekdays biasanya masak satu lauk je like sup, tomyam - senang jimat masa boleh buat kerja-kerja lain lagi
Masak lemak udang campur terus dengan kobisla, sawi bunga la - haa senang tak, yang cili tu masuk je sebiji-sebiji untuk mak bapak yang makan pedas tinggal gigit je cili tu, tak payah nak masak yang satu pedas, satu tak pedas
Barang masak like ikan, ayam, udang beli sekali banyak simpan dalam freezer
Beli cloth diapers untuk anak-anak - go go green!!
-----------------
Tapi betulkah aku jimat?
Tak lah jimat sangat kan.
Kalau jimat mesti I slim kot
Tapi I tau I jimat nak mengeluarkan tenaga sampai tenaga tu tersimpan mejadi LEMAK.
So, betullah tak berapa jimatkan.
**Penjimatan ini sebagai panduan anda semua. Yang tak jimat tu sebagai iktibar.
(^ ~ ^)
**Oh jimatnya dia...ekekeke tak berapalah