Wednesday 31 October 2012

Cantik

Manusia memang suka pada sesuatu yang cantik
Mampukah manusia menilai kecantikan?
Kecantikan punya maksud yang berbeza bagi setiap manusia.















(Sumber gambar : Di sini)



**Namun kecantikan pada manusia bukan berapa tebal mekap yang diguna tapi keimanannya pada yang Maha Esa.

Monday 29 October 2012

Minat dia


Sebenarnya Gie tak perasan semenjak bila Harith syok sangat dengan Hero from Jepang tuh...si Ultraman la kan. Apa keistimewaan Si Ultraman ni hinggakan bangun pagi sampai ke sebelum tidur malam Ultraman je?. Lagu dalam Ultraman pun dia dok ikut, apatah lagi nama-nama Ultraman tu..Tiga, Max, Mebius...huhuhu tak pasal-pasal Gie pun ingat...join sekali gamaknya. Masa makan, Gie suruh dia makan sayur then cakap la kalau makan sayur nanti jadi sihat dan kuat. Then dia tanya nanti kuat macam Ultraman ke?...apa nak jawab ye?. Kadang-kadang Gie and husband sama-sama tengok siri Ultraman dengan Harith + Firas sekali, then ayah dia buat statement Ultraman guna kuasa je baru menang, kalau tak pun Ultraman lain datang tolong baru boleh menang...apa lagi.....hangin si Harith.


Ni pict Ultraman masa pergi Penang



Ni Harith lukis lepas dia terlepas tali belon Ultraman...Gie rasa ni Ultraman tu



Ingat nak ambil gambar belon Ultraman masa masih nampak rupa lagi tapi tak dan. Dah kecut baru dapat ambil. Buat kenangan si Harith.



Alang-alang si Harith dok susun Ultraman2 tu, ayah dia suruh berdiri sebelah nak ambil gambar.



Bila Gie nak ambil gambar, mesti dia nak buat tangan macam tu...emmm hambo layankan je.


** Maybe esok2 minat kat lain pulak...harap yang baik2 je...






Rindu sangat!!!

Salam...


Hari ni ada kesempatan nak blogwalking...nak lepaskan rindu pada kawan-kawan blogspot.
Terjah menerjah blog korang..




Wednesday 24 October 2012

Release tension jom!


layankan anak-anak nak sepak-sepak bola...mak pun boleh sepak gak bola tu...kita tengok siapa sepak paling jauh

Salam readers...

Kadang-kadang fikiran jadi buntu bila mengadap kerja-kerja di pejabat....tengok kertas, pc, dinding, partition je kan, bila cuaca elok bolehlah release tension dengan lihat alam semulajadi. Sambil boleh bersama keluarga, bolehlah juga keluarkan peluh dan meningkatkan kadar metabolisma ye tak?   Tapi ni musim hujan bila balik dari kerja, so release tension di rumah je.

Di Putrajaya semakin banyak taman buatan...so Putrajaya bukan setakat ada bangunan kerajaan je, masih ada pokok-pokok dan masih ada kawasan menghijau untuk diluaskan pandangan. So kami beriadah di area Presint 11.

Jom release tension....




wakakaka bola mainan di rumah pun boleh je nak sepak kat luar ni




feeling syok sendiri...bak diri berada di bukit tinggi, padahal tak tinggi mana pun, pada Gie view kat sini agak cantik.




Tempat berteduh....sambil-sambil duduk rehat, kami jadikan port breakfast time weekend...kadang-kadang je pun



 
haa ni la trek joging keliling bukit, boleh tahan la jauhnya...ni bak perkara kocik jah yang dah ada stamina tinggi nak lari keliling bukit...huhuhu nampak sangat tak cukup stamina nak kejar depa nun jauhhhh



Ok tu je buat kali ni...Selamat Beriadah...lepaskan tension jauh2..

Cuci mata











Jauh lagikah perjalanan hidup ini?



Monday 22 October 2012

Come and see me there:)

Assalamualaikum... readers:)


I just want to tell that Mrs. Green officially in halamankecilsaya.wordpress.com. Bukan tak suka blogspot tapi Gie ke sana buat masa ini. Jom singgah. Terima kasih selama ini singgah di sini.







Thursday 18 October 2012

Kekangan...

Salam readers...


Bloggers semua sihat ke? Sudah terlalu lama dunia blog Gie tak masuk. Rindunya dengan entry korang. Namun ada kekangan yang masih belum dapat dipatahkan. One fine day nak kembali lagi ke sini. Nah ole-ole untuk sekian lama menyepikan diri sendiri.


Masih mencari diri sendiri



Aku bukan terdampar pilu, cuma mencari identiti



**Teruskan berblog dengan berhemah kerana masih ada yang sayang. (^ ^)

http://halamankecilsaya.wordpress.com