Thursday 28 February 2013

Dah namanya adik-beradik, tidur sebantal..kan...


Inilah diorang...

Adik : abam main = abang jom main

Abang : tak nak, abang nak tengok tv

Adik : abammmmmmm!!!!!

Gedegang...kihkihkih

Adik : abang(dah pandai sebut dengan betul)(sambil geletek leher abang)

Abang : hihihihi geli la(sambil mengekek gelak)

Adik : geli...hihihi (sambil gelakkkan abang nak buat lagi)


adik buat abang ikut....seram pulak tengok si Firas nih...lepas tu sorang masuk, sorang tolak box tu, punya banyak toys tapi benda ni jugak yang best ye?



adik buat abang ikut jugak...ha ingat tak gambar ni...kat entri INI...pintu almari tu dah wassalam...tercabuttttt kihkihkih...anak-anak yang hebat



abang nak pimpin adik ikut tapi masa adik kocil laie...hurmmm dah makin bosa nih tak do doh...nak bebas gamaknya


dulu masa adik kecil lagi bila tidur pun nak pegang adik...hahaha takut adik lari ke ape?


**Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik-beradik kan










Wednesday 27 February 2013

Terpana denganmu juga...

Terpana kat siapa?

Kat ...Burung Enggang Jambul Putih ni..

Bukan main panjang nama 'dia'..

Saja je duk dekat dengan kami..

Macam tau-tau je nak ambil gambar 'dia'..


Nampak bergaya, smart!


Eh eh main lentok-lentok pula..tarik bulu mata kang!! nampak macam ayu pula.



Harith : Kenapa rambut dia pacak?( lebih kurang macam tu la Harith tanya kat kami)

Ummi : Tu jambul 'dia' memang macam tu.

Ummi lagi : Yah(ayah = husband = tak romantik langsung kan??) ummi saje nak ambil gambar dekat sebab nak fokus kat bulu mata dia.



**CiptaanNya memang tiada tandingan.


Tuesday 26 February 2013

Blok kaler

Korang tau kan yang sekarang ni masih musim hujan panas tak kira dah blok kaler...ala yg baju kaler lain tudung kaler lain...

Kalau dulu mesti nak matching, sedondon, seirama.

Ala macam dulu-dulu kalau pakai baju kaler pink then tudung pun pink kaler, pastu ada pulak cakap...eh sirap bandung berjalan...(eh menyirap ye dak kalau tuan badan dengar)

Mungkin orang lain dah lama terjebak

Entah kenapa suatu hari tu pergi kerja boleh pula terberani nak buat juga...




Sepanjang berada di ofis macam rasa terawang-awang... betul ke apa yang aku buat ni?

Ingat tak pikca ni?





Tak per boleh refer ENTRI ni

Yang mana pada hari kejadian kitorang adik-beradik pengantin pakai baju kaler biru juga...ala ikut tema kan

I terus je ambil tudung kaler biru, sebab tak kuasa nak fikir nak matching ke nak beli tudung baru ke ape ke

Tetiba I tengok Na ....wow biru pink...gorgeous...okay osem!!


**Ade beran?


Wednesday 20 February 2013

Mudah dan cepat


Jom masak.

Hasil masak asal kenyang perut orang kata...hihihi.

Menu mudah asal cepat then keno dengan selero seisi keluarga.

Rasa-rasa idea nak masak tu macam tak mai-mai...meh nak bagi idea.

Kalau kamu orang pergi dapur buka periuk nasi, then paras nasi macam tak luak mana pun...apa lagi buat nasi goreng la kan.

Kalau rasa macam tak berapa high class, maka korang buatlah sup fish ball sikit ke apake untuk makan sekali,,,haa macam kat kodai dah tu.





Resepi Nasi Goreng


  1. Nasi 
  2. Bawang putih
  3. Udang kering
  4. Cili merah
  5. Sos tiram
  6. Garam
  7. Sayur kangkung
  8. Ikan bilis


Cara


  1. Nak sodap kenalah tumbuk bawang putih, udang kering dan cili merah tu.
  2. Lagi banyak bawang putih lagi wangi.
  3. Bila letak bawang putih banyak-banyak so bolehlah kurangkan penggunaan garam dalam masakan.
  4. Tumis bahan yang dah tumbuk tak berapa lumat tu sampai naik bau.
  5. Lepas tu bubuh garam,sos tiram sikit, masukkan sayur kangkung, then nasi.
  6. Gaul rata then dah puas hati bolehlah dihidang dengan menaburkan ikan bilis yang telah digoreng rangup.


---------------------------


Chicken boxing ke boxing chicken? apa-apa je lah ye asal boleh diterima dek tekak ni.

First makan benda ni masa urus event kat hotel.

Hui tak menahan benda ni untuk menu minum petang.

Minum petang mak masa dolu-dolu pisang goreng jo...hihihi.




Resepi Ayam Main boxing

  1. Bahagian kepak ayam ambil part isi banyak je, kan ada yang dah siap potong kat market kan.
  2. Serbuk kunyit
  3. Serbuk ketumbar
  4. Garam
  5. Serbuk lada hitam kasar
  6. Serbuk Italian seasoning
  7. Minyak ye dak.



Cara

  1. Hambo nak cepat sebab terlupa nak defrost ayam tu, so balik je dari kerja terus kukus sambil bubuh serbuk ketumbar,serbuk lada hitam, serbuk Italian dan sedikit garam.
  2. Kukus sampai lembut.
  3. Lepas tu gaul pula dengan serbuk kunyit dan tambah sedikit garam lagi nak balance balik rasa masin.
  4. Then terus goreng sekejap je asal nampak kuning keemasan...huhu golden je.



-------------------------


Hari tu duk jalan-jalan kat blog orang..eh takkan blog hewan pula...hihihi

Ternampak Ayam Goreng Kunyit yang femes sangat kat ke-el tu....hui terliurnya....

Nih cuba pergi tengok SINI.

Walaupun mak(Gie) punya tak berapa lawo macam tu...hish peduli apa, janji sedap kat tekak sapa lagi tekak Gie la kan.




Nak resepi tak?

Eh tak yah tanya-tanya kan..., bagi aje.


Resepi Ayam Goreng Kunyit

  1. Isi ayam bahagian dada yang kamu orang tak berapa suka tu kan, hihi tak suka ye tapi bahagian tu yang kurang lemak.
  2. Serbuk kunyit
  3. Garam
  4. Bawang Holland
  5. Kacang panjang



Cara

  1. Goreng ayam yang dah digaul garam, kunyit tu jap, tak mau lama sangat kang keras pulak.
  2. Masukkan bawang dan kacang tadi.
  3. Siap.
  4. Angkat.
  5. Nak pedas, gaul je dengan sambal belacan pedassss macam yang gambar kedua tu.
  6. Makan dengan nasi putih panassss.



Dap dap dap!!!!



**Selamat mencuba dan  jangan lupa Bismillah dulu sebelum masak dan makan:) 




Tuesday 19 February 2013

Dah ada kawan(^ ^)

Hasil jalan-jalan hujung minggu Cik Shomel sangat mengembirakan..wow!

Keseronokan terserlah dan mahu dikongsi bersama dengan Mrs Green.

Maka, sang kura-kura kini mempunyai kawan, sang penyu merah.

Tq Cik Shomel.










**Berdua lebih baik


Friday 15 February 2013

Wilayah-Hang Tuah-Jauhar

Seronok bila dapat bercuti panjang sempena musim cuti CNY hari tu.

Bangsa Cina nak raya, bangsa Melayu pun nak balik kampung bercuti, maka jalan sana-sini sesak, redah je, takkan nak duduk rumah je.

Masak siap-siap untuk bekalan supaya tak bersesak di R&R pulak.

Berhenti je kat bawah pokok tepi jalan, terus makan-makan, berselera pulak budak berdua tu.





Yang seorang tu memang setakat ni berselera je, rupanya yang seorang lagi tu bila makan-makan dalam perjalanan barulah nampak seleranya...

Bila semua dah makan barulah senang hati ni nak teruskan perjalanan(takdelah banyak sangat drama minggu ininyakan...huhu).

Alang-alang menghala ke selatan, mohle ke Zoo Melaka.




Tak payah nak naik tram ye sayang-sayang sekalian.

Meh baKOr kalori, kita jalan je ek.





Masuk-masuk je terus terpikat kat burung-burung ni... ke burung tu terfikir...eh geng kita la...pengshan mak kalau macam ni.






Baru je jalan-jalan si Harith dah tak sabar nak tengok Harimau Malaya dia.

Si Harith memang excited bukan main lagi...sampai je kat area harimau, semua harimau dok sedap landing...sabar ye Harith...depa kenyang, nak-nak ni tengahari memang best landing-landing ni.






Melayan perasaan sebab harimau cam buat dek je.









Dulu naik kuda menangis, takut katanya, sekarang dah ok...layankan juga.






Eh adik pun naik juga, ayah layankan juga.






Mau tak lapar jalan dalam zoo ni, so makan yang manis nak bagi tenaga untuk jalan lagi.






Huh sampai juga kat rumah mak.

The next day mak buat pau untuk Fauziah...wakaka, licin jugak.






Wow inti kelapa, i like empatpuloh kali.

Haa tengok hasil tanaman kat tepi rumah, berbaloi sangat kat SINI

Haha tak ingat dah telan berapa biji.






Pulang sudah ke pangkal jalan...eh ke rumah sendiri.

Pergi koje pula.

Tapau untuk sarapan kelmarin.



Sedap ni tapi time lapar memang sedaplahkan, kalau kenyang pandang sebelah mata - hai beratnya menu sarapan pagi di tempat keje.


Wednesday 13 February 2013

Macam nak sama



Burung-burung itu....

Bulunya...


Me...

Tudungku...

Macam tak jauh je beza...

Masa hari kejadian ada orang perasan tak?

Baru perasan...




**CiptaanNya lagi cantikkan...

Friday 8 February 2013

Rindu siapa?



Salam readers, bloggers yang hebat lagi ceria!!!


Hamboi kemain riang gembira Mrs Green.



Sebab dapat makan buah melaka - eh eh mentang-mentanglah planning macam nak ke Negeri Hang Li Po



Kenapa ye?

Tunggu hari untuk pulang ke kampung halaman.

Dah lama memendam rindu.

Terngiang-ngiang pertanyaan adik-kakak-mak-abah-tak balik ke?

Huh terus sebak...siapa yang tak mau balikkan.

Otak serabut dapat digambarkan  melalui gambar ni.

Pening Cik rossa melihatnya.

Dahle hari ni birthday dia.

Happy birthday Cik Rossa, semoga panjang umur, ditambahkan rezeki dan sihat selalu.

Ni la 5S di meja koje mak.



5s mrs green buat masa ni - serabut, sepah, sempit, sesak, semak = hihihi kang mak kemas ye


Oooo I nak rehatkan otak yang macam nak tepu ni.

Apa lagi jom balik kampUngggggg!!!!

Kalau balik kampung mesti nak bawa buah tangankan, takkan nak bagi buah kaki pulak....eh ada ape buah kaki....huhu pisang kaki

Kerepek,kerepek,kerepek

Meh,meh,meh sedap sangat, rasa sekali, nak berkali-kali.






**Rindu semuanya



Thursday 7 February 2013

Senang dapat



Salam readers...


Terasa mengantuk dek kerana tak memasal ulang -alik hanya keranamu 'harimaumalaya'

Tak memasal mak 'mengaummmm' tapi mak puas hati jugak kihkihkih.

Mak yang dah agak season di dunia ini tak pernah lagi merasai AUDI cuma yang mak ada muTIARA je tapi alhamdulillah syukur sangat.

Anak-anak sekarang ni asal mintak je dapat walau tak semua golongan la kan.

Harap-harap anak mak tak mintak ini.

Sebab mak berangan nak mpvwx je sebab leh bawa korang pusing Malaysia huhu...amin.



hihi tumpang letak gambar kereta menan anak buah mak yang tersadai kat bengkel...masih ada lagikah?


**Syukur apa yang ada ye tak?

Wednesday 6 February 2013

Lakukan di luar



Assalamualaikum bloggers yang hebat dan yang selalu ceria:)



Hari ni nak share tentang kecergasan.

Tadi beli majalah iSIHAT...you sihat tak?

Haa..

Harap semua sihat hendaknya kan.

Nak petik sikit info kat muka surat 14 ni.

Senaman baik untuk kesihatan tubuh. Melakukannnya di luar lebih baik lagi. Menurut kajian yang dilaporkan dalam Jurnal Sains dan Teknologi Persekitaran, bekerja dalam persekitaran semulajadi berkait rapat dengan peningkatan  kecergasan dan tenaga serta menurunkan tahap depresi dan tekanan. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, gabungkan pelbagai jenis latihan dalam setiap senaman yang dilakukan.- iSIHAT



Memanglah kadang-kadang terpaksa bersenam kat rumah je... huhuhu hati ni macam sendu je ye tak...balik-balik tengok barang-barang kat rumah je.

Bila sesekali dapat bersenam kat taman-taman tu terus je happy kemain lagi.

Sambil-sambil jogging-jogging boleh cuci matO..hikhikhik

Sambil-sambil 1,2,3,....2,3 lagi tu boleh baling-baling bola...ooopps terkena kepala Firas....huaaaaaa dah melalak pulak

Sambil-sambil tu boleh klik-klik-klik gambar-terus update kat blog

Saya nak keluar rumah nak bersenam...berat badan dah naik balik.

Ada jugak kat dalam majalah tu bagitahu yang dek kerana BOSAN like asyik duk kat rumah je salah satunya, maka mulut terasa nak MENGUNYAH...KALORI pun BERTAMBAH...kuang kuang kuang sangat berselera kan...


**Nak kurus ke nak sihat?

Tuesday 5 February 2013

Tak sopan ke?



Assalamualaikum, 


Masih ingat tak?:-

  • Kalau makan berdiri tak sopan kan? - tapi nak buat camana kan bila pergi kursus especially di hotel-hotel yang agak mewah depa cuma sediakan coffee table jenis tinggi tu pastu pakat ramai-ramai makan sama-sama...huhuhu no chair kan 

  • Eh tak sopanlah bila makan binatang menatang pinggan sebab apa tak ingat pun - tapi terpaksa buat bila semua yang  makan kene duduk bersila kat lantai, sedangkan yang tengah makan mak buyongggg tengah sarat mengandung langsung tak boleh nak tunduk-tunduk sangat

  • Lagi, kena menyusukan baby di khalayak ramai tu tak sopan ke? - wow my baby you fully breastfeed but fully discovered itu tak OK? Lain la kalau tak cover langsung kan kan kan?

  • Ekau ni cakap kat telepon garangnyer, cer lembut sikit, cer sopan sikit boleh? - alamak kena explain lagi ek? meh nak explain - alamak dulu girl tapi macam ke arah tomboy(sebab tak sedOr diri!!) then bila hidayah dah mai kan takkan nak cakap ayu, manis mulut sedangkan yang telefon tu mamat yang tengah angau, tengah usha...hihi bukan nak garang cuma try nak tegas je, kang cakap ayu-ayu...cair pulak...ish ish ish "Eh Fauziah suara awak sedaplah", somebody said kan...sekarang macam petir ye dak???

  • Eh tak sopan la makan dalam periuk, belanga, kuali - alamak tak sopan ye???



Apo nak dikato...ni kan pesen jaman lo ni...ngeh ngeh ngeh...terkecuali



**Tak sopan ke?


Monday 4 February 2013

Segmen Saya Follow U,U Follow Me

Salam,

Addicted bersegmen?

Ada juga:) hihihi.

Hari ni nak join segmen ni....Segmen Saya Follow U,U Follow Me by Mohd Selim.

Banyak juga ilmu yang boleh dikongsi dalam blog dia.

Semoga dapat menjalin persahabatan dengan lebih ramai blogger dalam dunia blog.





Kalau nak join cuma perlu klik banner tu.

**I follow you:)