Tuesday 31 July 2012

Kisah ibu dan anak...Tentang rasa...

Salam...

Tersebutlah kisah
Anak cucu duduk sebumbung dengan ibu
Ada masa suka
Ada masa geram
Ada masa marah
Tapi semua tu ibu rasa sebab ibu sayang sangat
Kemudian tiba suatu masa yang anak cucu berhijrah
Ibu pun kata....
Apakan daya...

Sayangkan anak......bini orang
Sayangkan cucu......anak orang
Semoga semua selamat wahai anak cucu...(jangan lupa ibu...)




Monday 30 July 2012

Dugaan Ramadhan....

Salam Ramadhan lagi readers......:)


Oh gigihnya tak tidur balik mata ini selepas sahur. Bukannya apa, risau terlajak bangun dan terlewat ke tempat kerja. Anyway Alhamdulillah sekarang jalanraya sudah kurang sesaknya berbanding awal Ramadhan baru-baru ini. Mungkin masing-masing sudah boleh beradaptasi dengan waktu pada bulan Ramadhan ini. Hati Gie lega sikit, kalau tidak asyik berdebar takut sampai lewat ke tempat kerja.


Bulan Ramadhan memang banyak dugaannya.

Mana tidaknya, bazaar Ramadhan merata-rata dengan juadah berbuka yang pelbagai. Tinggal pilih dan beli yang mana suka cuma kadang-kadang terlupa yang muatan perut lebih kepada minuman, akhirnya berlakulah pembaziran. 

Rancangan di televisyen tidak kurang hebatnya, kebanyakannya memang yang bertauladan cuma bila terlampau banyak takut pula terleka daripada melakukan kerja-kerja lain yang sepatutnya.

Mak bapak teringin buat terawih di surau atau masjid bawa anak-anak sekali dengan harapan anak-anak akan terdedah dengan ajaran Islam walaupun masih kecil. Namun hati ada terfikir anak-anak akan di luar kawalan, mungkin kalau niat di hati itu betul dan doa banyak pasti semua akan bekerjasama. Rasanya tidak perlulah ada mata yang mengerling kemarahan bila anak-anak dengan ragamnya. Lagipun memang nama pun 'anak-anak'....itu kan lumrah...

Bila perut lapar dan air dalam badan pun kurang memang rasa marah mudah timbul. Banyak bersabarlah wahai hati.

Sebelum tidur gigih juga kunci jam supaya dapat bersahur. Namun siapalah sangka apabila bukan sahaja jam loceng tak kedengaran malah jam di handphone dan AZAN SUBUH pun tak dengar!!! Oh siapalah kita sebagai manusia nak menolak takdir Allah itu, mesti ada hikmah di sebalik kejadian. Mungkinkah kita terlewat tidur sebelumnya atau Allah memang hendak menduga hambaNya. Sesungguhnya perancangan Allah lebih teliti daripada perancangan manusia. Walaupun tidak bersahur tapi tubuh badan masih mampu menguruskan diri sendiri, anak-anak dan rumahtangga termasuk memasak juadah berbuka nanti, syukur-syukur cepat...alhamdulillah.

Oh ramainya yang berniaga.....kuih, baju, pinggan mangkuk raya...si penjual saya bukan tak mau beli tapi saya cuba berjimat...terima kasih.

Walaupun Ramadhan adalah bulan yang penuh dugaan tapi kita kena sedar bahawa masih ada keriangan diberi antaranya untunglah bagi mereka yang berazam masak sendiri di rumah, bukan setakat jimat tapi makanan itu lebih berkhasiat, apabila dapat buat lebih pula bolehlah meringan-ringankan tangan menghulurkan ke jiran tetangga atau dihantar ke surau atau masjid. 

Dapat makan bersama-sama seisi keluarga sebab waktu makan sama. Kalau hari biasa ada yang lewat makan sebab masih kenyang. Dapat eratkan kasih sayang bermula dari tempat makan!!. 

Apabila dapat makanan maka badan terus kuat bukan setakat solat maghrib tapi isyak seterusnya terawih dan mengaji.

Kadang-kala tidak perlu masak sebab tiba-tiba dapat mesej jom berbuka di rumah mak!!!LOL.

Dapat beli barang keperluan dengan harga lebih murah....sekali lagi dapat jimat.

Hati yang sering kacau bilau mudah terdidik apabila perut lapar dan tekak dahaga. Ini yang susah nak dapat di bulan lain.


Opppsss tak sangka pula banyak sudah menaip. Pagi tadi tengok Pesan Atok di TV9...ini antara pesanan:-



3 golongan yang Allah tidak akan lihat/pandang di akhirat kelak:

    1) Anak yang derhaka kepada ibubapa

   2) Suami yang dayus iaitu yang membiarkan isterinya tidak menutup aurat, melayani lelaki yang bukan muhrim dll.

    3) Perempuan yang menyerupai lelaki



Ok tu sahaja, maaf kalau ada yang silap...Selamat berpuasa lagi...:)







Tuesday 24 July 2012

Menu #4

Salam,


Sempena bulan Ramadhan ni masing-masing tayang menu iftar, sahur tapi moreh ada tak? kalau ada meh Gie nak buat rujukan...


Hasil kompilasi menu sebelum Ramadhan sehinggalah waktu berbuka semalam, mana yang sempat je ye wahai anak-anak tekak. Agaknya semua pakat balik awal nak menyediakan menu dan berehat sebelum buat terawih..jalan sesak!!Sabar wahai hati.


Jom tengok, kot ada yang sedang mencari-cari idea untuk menu-menu hari mendatang. Anyway, ibadah anda semua semoga bertambah cemerlang dan diberkati.


Menu: Hajat Tertunai...Arabian

Sebelum Ramadhan......@ Marhaba Restaurant, Cyberjaya....memang sedap, ditambah pulak dengan perut yang memang tengah laparrrr sangat tu, so order main course, Hanith lamb, Zurbian chicken dan Mandy chicken untuk 4 perut...nampaknya kena datang lagi try yang lain pulak...shawarma!!!!sabar ke tak ni. Restoran ni berdekatan MMU dan dalam area SmartHomes. TQ sis aRt syorkan Gie pergi sini...terbaikkkkkk!!



Menu: Western pulak!...supper

Walaupun masa tu cuma ada roti sandwich, maka gigih juga buat sandwich daging burger....burppppp alhamdulillah kenyang.



Menu: Sempoi 1...Tukang masak sempoi...menu pun sempoi...mak banyak kojo-kojo lain nak buat....

Sosej Roll dan ikan tenggiri masak kicap cuma nak bagi naik bau Gie tambah kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih



Menu: Sempoi 2...
Haaaa ikan tenggiri lagi???? ni masak singgang pula stail my makcik..tambah herba campuran dan daun kari dalam tumisan dan buat kuih Wadeh. Teringat makan yang kat Penang punya...yang tu memang sedap laaaa.



Menu: Sempoi 3...
Supaya senang seluruh alam famili makan termasuk anak-anak mak yang masih kecil itu, maka mak tolong kupas kulit udang-udang ni sebelum masak lomak campur kacang buncis dan lobak merah, seterusnya tak perlulah mengidam nak menu lain ye..ni tak pedas dan dimakan dengan budu bercili bawang bagai itu. Semalam memasak Gie pakai teknik rebus-rebus je. Itu yang  rebus sekali kacang hijau...hai bubur kacang! hai nasi goreng bolehlah dingap ketika moreh....alhamdulillah.



Selamat mencuba dan selamat berbuka!





Saya di tempat dia...Tq!

Salam.........:)

Semalam blogwalking, ini hasilnya
v
v
v
v
v



Terima kasih owner blog All in One



Jom singgah blog nur http://nurhafiz2009.blogspot.com/


Monday 23 July 2012

Teruja....

Salam..:)


Hari pertama bekerja pada bulan puasa? teruja? seronok tak? seronak la tu dapat mengelak diri dari dapur rumah sendiri tapi tak dapat mengelak dari menekan-nekan keyboard tengok menu masakan sebagai sumber inspirasi....wah dugaan yang mesti ditempuh.Tengoklah betapa hebatnya Ramadhan...


Ramadhan...





Bangun awal untuk sahur

Pergi kerja awal

Berupaya prepare banyak menu untuk berbuka

Berupaya solat maghrib lepas tu isyak then terawih lagi, ada yang tadarrus Quran...terbaik

Sahur dengan 3 biji kurma bertenaga hingga ke waktu berbuka, siap gigih melangkah ke bazaar Ramadhan lagi....tak sangka!



Hebatnya Ramadhan! Selamat beramal:)



Friday 20 July 2012

30 Syaaban!!!!

Salam,


Alhamdulillah, percaya atau tak today is 30 Syaaban! the last day to enjoy the day with the breakfast and lunch! Tomorrow cannot ya untuk those yang puasa jeng jeng...tak kira ready or not.


Dengan ini disertakan senarai nak menghadapi bulan puasa:

1. Sehari sebelum puasa - makan macam-macam boleh tapi tak mahu la sampai penuh kekenyangan perut tu, kang hari puasa tiba-tiba perut lebar tu tercari-cari makanan untuk di proses...kruk krak kruk krak


2. Niat puasa


3. Tidur awal, senang nak bangun sahur nanti


4. Minum lebih kurang 3L air sebelum habis waktu imsak tu. Tak la minum sekaligus, pandai-pandaila bajet


5. Makan buah kurma, dalam buah tu ada macam-macam khasiat, so boleh dapat tenaga luar biasa tapi kalau rasa lapar juga, muhasabah balik ada mengumpat ke atau apa-apa yang tak elok



Dan banyak lagi........


Puasa!puasa!puasa....Selamat Menyambut bulan Ramadhan, maaf ye kalau ada salah


Thursday 19 July 2012

Ramadhan yang ditunggu-tunggu...

Salam....:)




Alhamdulillah kita bertemu lagi di halamankecilsaya.blogspot.com....Untuk Blogger.com...sila bekerjasama baik dengan Gie ye...k TQ:)


Pejam celik pejam celik...Bulan Ramadhan Al Mubarak dah nak sampai. Semua gembira tak? gembira la kan...sebab boleh buat ibadah puasa, bagi yang tak dapat berpuasa tu, sabar ye sebab masih banyak ibadah lain yang boleh dilakukan dalam bulan ni. Tak mau la stop sampai bulan ni je....semoga berlanjutan segala amal baik untuk bulan-bulan mendatang...insyaAllah.


Ramadhan Al Mubarak bukan Ramadhan Al Murtabak
Ramadhan ada malam yang ditunggu-tunggu...Lailatul Qadar bukan Lailatul Ala Kadar



Apa-apa pun segala amalan dimulakan dengan niat....


Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.


**sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa

Selamat Menjalani Ibadah Puasa, maaf ye jika ada salah silap.:)

Wednesday 18 July 2012

Menu #3

Salam....:)


Readers kesayangan, Gie jarang update blog....so Gie compilekan menu-menu sepanjang Gie tak update blog dan menu orang berpuasa yang melahap segala makanan yang ada...Astaghfirullah.....

v
v
v
v
v
v


Makaroni goreng timur barat....sesuka hati je kan. Mana taknya sbb ada rempah sup, oregano bagai.




Nasi campur - lauk sayur taugeh goreng dengan asam pedas ikan pari. Teringin sangat makan taugeh, tu yang bangun sahur terajin masak ni....bahagia:)



Nah....burppppppp Nasi Ayam tuan yang makan



Tak cukup dengan nasi ayam......kuih popia ni pun nak menyelit kat perut Gie....Popia segera kodai rakyat, sedap gak, tinggal goreng je then guna sambal nasi ayam tadi tu....haaa kan mudah tu



Yang ni memang nampak sangatlah yang Gie tak buat sendirikan....Murtabak Hafiz, air soya dan tau fu fa...came from pasar tani. Kuah murtabak ni pekat dan yang pasti sedapppppp pada tekak Gie.


Alhamdulillah....Selamat selalu readers!

sayur OH sayur

Salam....:)


Ada yang tak suka makan sayur?
Bagi Gie, sayur ni kalau boleh mesti ada dalam sehari, apabila makan hidangan utama tanpa sayur rasa tak lengkap, rasa kering je, sistem penghadaman macam tak lancar....hidupku seperti tak warna-warni tanpamu...huhuhuhu sampai macam tu sekali, maybe the best bila makan sayur yang jenis ulam-ulaman...awet muda kan..


Memang ada yang tak suka makan sayur....ada yang kata bau dan rasanya tak sedap, susah nak telan dan yang tak dapat menahan adalah....eeee macam kambing je makan sayur. Ada yang ketepikan, ada pulak yang tak boleh tengok dalam makanan.


Semalam pergi pasar tani dan beli sayur....uit geramnya rasa nak beli semua sebab nampak fresh sangat. Semua ni RM11.00..... 




Jom makan sayur!:)

***Tetiba rasa gembira...dapat beli sayur pun gembira kan....alhamdulillah.


Tuesday 17 July 2012

Je-rawat vs Rawat-je

Salam...:)


Lately kan my face sering ditumbuhi je-ra-wat! kalau dulu jerawat ni datang time tertentu je kan tapi sekarang kerap. Gie punya muka jadi oilly, rasa tak selesa....sebab apa ye?? banyak faktor kan. Biasanya disebabkan perubahan hormon, jenis pencuci muka, kosmetik, faktor pemakanan, cukup tidur or tidak(ada kaitan ke???) dan cara jaga kulit muka.


Kalau zaman remaja bila tumbuh je jerawat...haa cinta monyet ea, kalau tak pun ni jerawat jantan! uish sabar jelah....apa-apa je korang ni. Tu menunjukkan semakin dewasa..


Hari ni ter-rajin search kat wikipedia pasal jerawat....LINK...dalam tu tertulis REMAJA yang biasa ditumbuhi jerawat tapi kalau macam Gie ni....ehem2   remaja TUA!


Penyelesaian yang mungkin boleh Gie guna adalah ikut petua yang dijumpai di Majalah Pa&Ma ni. Dah semakin cantik web majalah ni. Meh gali-gali.







Meh Gie copy balik apa yang kat majalah tu tulis...

Bagi yang tercari-cari petua untuk menghilangkan jerawat, kisarkan daun dan buah belimbing buluh beserta sedikit tepung beras. Gunakan bancuhan tersebut sebagai masker dan sapukan pada wajah pada setiap malam. Lakukan tiga hingga empat kali seminggu. Hasilnya wajah anda bebas daripada kemunculan jerawat.

***Mak nak guna stok bedak sejuk boleh? Jom try! larikkkkk balik cari belimbing buluh.....


*Link: http://photobucket.com/images/onion%20head%20gif/#!cpZZ1QQtppZZ20

Thursday 5 July 2012

Menu #2

Salam...:)






Gie rasa korang kene pikir 2 juta kali kot kalau nak torai menu ni...sebab rasa garam ada di merata-rata tempat...kat ikan jeruk masin, ikan goreng lagi, sambal dan udang masak sos tiram tu...maka Gie seimbangkan dgn gula kat sambal n menu udang tu..


Menu hari ni = bukan...sebab berusaha untuk berpuasa, bertabah ye Gie


Menu semalam = bukan juga sebab semalam pun puasa...melangsai ape yg patut, so masak yg simple 


So what??? wakakaka menu kelmarin la....



Selamat mencuba!

Hijau...

Salam....:)


Hijau memang elok untuk mata

Hijau menyegarkan

Hijau warna kesukaan Nabi Muhammad SAW

Hijauuuuuu

Warna hijau ada di merata2 di dalam rumah Gie, tudung saji, baldi, water dispenser...tak yah la Gie nak snap semua harta karun dalam rumah ye

Nah amik...tengok ni


Hijau...storage box, ape tu tak ingat, bebola, water dispenser, botol air....


dan terlatest grab dari C4 lap kaki ni !!yang penting material cotton 100%

v
v
v
v
v
v
v
v
Hijau lagi....



Ha...vanila jelly ice blended...betul ke...ape2 je......jelly dan straw hijau....sedapppp bagi tekak Gie... ha yg ni tak sempat masuk dalam rumah...dalam kereta abis dah


HIJAU, HIJAU, HIJAU...... readers boleh je search kelebihan warna hijau...tak mau pulak sampai muntah hijau ye....ish ish


Tq sudi singgah...readers suka warna aper??

Wednesday 4 July 2012

Patah tumbuh hilang berganti...

Salam,


Hari tu lepas syok2 taip entry tiba2 muncul ni...




The blog has been removed

Then Gie hantar report guna emel lain, ni balasan yg ku terima





Sedih? ada sedih gak, my idea... so salah siapa?? tak pasti...apepun sekarang dah tak berapa sedih...dah buat baru..







Setiap yang berlaku ada hikmahnya...ada sebabnya. Maybe Gie kena lebih fokus:).... ok tak mau sedih...ceria ceria selalu



Ok tu saje, tq sudi baca:)

Monday 2 July 2012

Hujung minggu, ke mana?

Salam,


Hujung minggu bagi orang yang berkerja macam kami ni, selalu terfikir2 nak ke mana. Kalau duduk je di rumah memang bosan. Mak bapak ok lagi, boleh le duk rehatkan diri di rumah ye tak... tapi untuk anak2? So kami ke Kompleks Sukan Air... motif? event ni open to public tu yg nak tengok heli sebab anak sulong mak nak tengok sangat dari dekat. Tengok je ye anak...nak minta naik....belum mampoooo!!!


yang penting kuning....sudah2 tak mo bikin hot



haaa dayung jangan tak dayung....hambo tak kesah pun siape yg menang



Ni yg anak mak nak tengok sangat



Nak selamatkan mangsa



Ni kasi close up sikit...buat memori anak mak



Putrajaya



Cantik sungguh view Pullman ni



Biasalah kalau ada event, mesti ada orang jual belon2 cm ni, anak2 nak sangat especially ultraman tapi mana??? beli dua, satu ultraman satu spiderman ni. 



Ultraman dah tersangkut kat atas pokok, maka tinggal spider jelah.



Agak2 korang ni Ultraman tu or upin ipin....dah macam luahan hati anak mak sebab ultraman dia tersangkut atas pokok....sedih


Tq sudi singgah. Ok tu je....:)









Menu #1

Salam....:)


Menu pagi


Di rumah Gie kalau pagi  biasanya menu sarapan memang berat...kalau orang tak biasa bila datang rumah mesti terkejutkan tengok2 je karbohidrat  pagi2...huhuhu kitorang dah biasa dari kecik mak sediakan menu berat untuk sarapan. Ceh menu berat sebelum pergi kebun nak toreh pokok getah...eh bukan...menu sebelum sambung tidurrr zzzzzzz...tak senonoh!. So, ni mee hailam yang Gie buat aritu.






Menu tengahari


Karbo lagi???? ni menu ada nasi putih, ayam masak kurma tak pedas, acar timun, cili kisar dan cendawan goreng tepung...hahaha belasah jelah.






Selamat mencuba!