Saturday 29 September 2012

Saya suka ni...

Salam,


Nak share dengan korang kasut dengan idea bijak tukang buat kasut.

Gie ni memang susah nak pilih kasut, almaklumlah kaki ni memang sepadan dengan tuannya yang ala-ala penuh. Try yang tu, sakit kaki depan, try yang ni melecet kaki belakang. Sampai rasanya kena pergi ukur sendiri saiz kaki kat tukang kasut agaknya. Macam mana pun syukur dengan diri seadanya....cewah, maka terjumpa juga kasut yang boleh membuat hati gumbira sekejap..kejap je??...sebab tak tahu tahan berapa lama. Bolehlah daripada tak ada kan.


Ni kasutnya.






Haa ada cerut getah(betui ke nama ni?)...kan fleksibel sikit kan, boleh adjust. Kalau kaki kurus boleh ketatkan, kalau kaki montel boleh longgarkan dan bila nak pakai tak perlu tanggal tali, tarik je.

-------------------------------------------

Hamikk ni pendrive...tak cukup lagikah storagenyer??

From this




To this...8 kali ganda...ok cukuplah tu






**Sorry belum dapat blogwalking  all readers.

Friday 28 September 2012

Menu #11: Mee Hailam

Salam,

Nak share resepi Mee Hailam dengan kamu2 semua.




Mee Hailam

Sumber : asal dari MyResepi(nanti korang search ye:))

P/S: untuk bahan jenis penambah rasa macam sos dan seangkatan dengannya, korang bolehlah balancekan rasanya masa buat nanti, hambo ni suka campak-campak je(macam kejam pulak bunyinya:P)

Bahan:


  • 2 bungkus mee kuning
  • 1.5L air untuk kuah
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit udang kering
  • 1/2 kg udang basah
  • Segenggam isi ayam
  • Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • Taugeh
  • 1 biji tomato
  • Sedikit cendawan tiram
  • Sedikit sawi
  • Sebiji lada benggala
  • 2 sudu kicap
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Minyak zaitun


Cara membuat:


  1. Pananskan air untuk sesi ala-ala mencuci mee kuning yang kadangkala rasa kapur tu. Apa yang Gie buat adalah panaskan air dalam kuali sampai mendidih. Bubuh sedikit minyak masak dan masukkan mee kuning sampai air tu mendidih lagi. Agak-agak dalam 5-7 minit je. Angkat mee then letak dalam air suhu biasa, cuci di bawah aliran air then toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng udang kering yang telah dibasuh sehingga kuning keemasan. Setelah itu, angkat udang kering tersebut dan tumbuk. Masukkan dalam 1.5L air untuk membuat stok kuah mee. Rebus campuran tersebut sehingga mendidih dan tutup api.
  3. Tumbuk bawang putih sehingga lumat dan tumiskan sehingga naik bau.
  4. Buat campuran sos-sos tersebut dengan sedikit minyak zaitun.
  5. Masukkan campuran sos-sos tersebut ke dalam tumisan bawang putih.
  6. Masukkan lada benggala yang dipotong dadu.
  7. Masukkan udang, ayam sehingga masak.
  8. Masukkan stok air udang kering tadi.
  9. Setelah hampir mendidih masukkan segala sayuran.
  10. Masukkan bancuhan tepung jagung.
  11. Seimbangkan rasa masin dan manis serta kepekatan kuah.
  12. Setelah mendidih, bolehlah dihidang.



**SELAMAT MENCUBA



Thursday 27 September 2012

Menu #10 : Betulkah warna tu penting?Lagi?

Salam,





Kalau kamu-kamu tanya ni nasi apa, memang Gie tak tahu nak jawab apa. Sebenarnya berangan nak masak nasi arab tapi tak abis study lagi dan bahan pun tak cukup, so ni ala-ala nasi minyak(syok sendiri). Korang bolehlah try kala idea memasak tu tak mai and anakanda nak rasa yang lain dari yang biasa. Inilah warna-warni kehidupan....barulah selera mai.


Jom campak-campak aje...


Untuk nasi 

  • 4 cawan beras biasa
  • 1 biji bawang besar
  • 3-5 ulas bawang putih
  • ketumbar
  • jintan manis
  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • badam
  • habatussauda
  • minyak masak
  • minyak sayuran
  • pewarna kuning atau serbuk kunyit

Cara buat

  • rendam beras yang telah dicuci bersih
  • bawang besar dan bawang putih dirajang sahaja
  • Panaskan minyak masak dan minyak sayuran dalam kuali
  • Masukkan bawang besar dan bawang putih untuk ditumis sehingga naik bau
  • Masukkan ketumbar, jintan manis, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehinnga wangi
  • Masukkan semua bahan tumisan beserta minyak menumis tadi ke dalam beras yang akan ditanak seperti biasa, tambahkan sedikit garam dan masukkan badam dan habatussauda. 
  • Jangan lupa letak daun pandan.
  • Setelah air kering, letak pewarna.

Untuk resepi kurma telur, semua pandai dah kan. Kalau tak pun p study kat Mr. google.


Untuk acar mentah

  • 1 biji timun
  • 1 biji cili merah
  • Sedikit bawang besar
  • Cuka kurma (boleh rujuk DI SINI)
  • Madu masakan
  • Sedikit air masak

Cara buat

  • Timun dibelah tengah dan isinya yang berbiji dibuang dan dirajang serong
  • Rajang bawang dan cili merah juga
  • Gaul kesemua bahan dan perasakan dengan cuka kurma dan madu masakan
  • Tambah air ikut selera masing-masing.

Untuk ulam-ulaman terpulang pada citarasa masing-masing.



**Selamat Memasak:)




Wednesday 26 September 2012

Rabu #3 : Warna itu penting


Nak yang ni?



Nasi Goreng Udang Kering tapi tak pedas

Tak nak.


Nak yang ni?



Nasi Goreng Telur tapi tak pedas jugak

Tak nak jugak ye...


Ok fine...yang ni?



Nasi Goreng Ikan Goreng yang ditumbuk dengan bawang putih lebih dan ditambah sedikit cili kering kisar


Nak lagi...lagi



**Harith dan Firas semakin besar dan mahu yang pedas sikit 
dan yang penting warnanya lain....(^ ^)




Tuesday 25 September 2012

Bertunang ke kenduri kahwin ni?

Salam,


La ni tengok orang bertunang sangat 'grand'.


...................

"Ya Allah berikanlah petunjuk dan Kau permudahkanlah urusan mereka yang ingin berumahtangga...amin".

...................

Atas ajakan sepupu Gie yang lelaki yang nak bertunang tu, maka sampai kami ke majlis bertunang ni...wow mata mak terbuntang, mulut terkatup ok jap je.

Ni foto yang berjaya di snap.


Che Su nak sarung cincin kat jari bakal menantu.



Gie geram tengok sebab semua bunga fresh lagi.



Lady to man



Abah jadi wakil cakap pihak lelaki, nervous abah sebab kena guna mikropon.



Mrs. Green yang tetiba beralih arah ke Pink Lady (MIL suka sebab selalunya gelap je...waduh, almaklumlah nak menutup yang tak patut)



Hahaha Pink Lady kena 'bahan' sebab duk front line, tak cukup-cukup dengan 'front liner'....sabau jelah. Janji dahku bahagia.



When Harith met his Makcik Pika...



Ni foto dari fb biras...Future sah couple...amin




Apa-apa pun Tq Kuri ajak kak Gie pergi majlis ni.



Selamat Bertunang kepada

Asan dan Fiqa :)












Mendirikan 'masjid'

Salam,

Kesan dari beli majalah...rentetan POST ni dan Gie suka juga POST ni dari Blog The Other Khairul


Rasanya masih belum terlambat mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Ustaz kegemaran ramai. Tiba-tiba teruja bila suami kata Ustaz Don dah kahwin...(mood raya time tu).


Doa untuk pengantin: 





Yang penting perkahwinan Ustaz ringkas dan mudah. Semoga menjadi pengajaran kepada insan lain yang ingin mendirikan rumahtangga.



Sedikit dari Majalah Mingguan Wanita..dipetik dari SINI



Ustaz Don Doa Dikekalkan Rasa Takut






Majlis Ikut SunnahSama seperti majlis resepsi, majlis akad nikah Ustaz Don dan pasangannya sebelum ini diatur dengan penuh kesederhanaan. Aturan sunnah Rasulullah S.A.W dituruti sepanjang majlis yang berlangsung dalam suasana penuh damai.
Sebaik sahaja selesai ijab qabul, Ustaz Don menyerahkan sendiri borang perjanjian perkahwinan kepada Husna yang ketika itu berada di dalam bilik. Selepas menandatangani borang berkenaan, kedua-duanya melakukan sunnah selepas ijab qabul iaitu menunaikan solat sunat berjemaah suami dan isteri.
Usai solat kedua-duanya menuju ke arah pelamin untuk menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan sebelum Ustaz Don meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya sambil membacakan doa yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud.
Sementara itu majlis resepsi yang berlangsung di KUIS pula dilaksanakan untuk meraikan kegembiraan pasangan pengantin bersama saudara-mara, sahabat handai, rakan sejawatan dan tok guru yang pernah mengajar Ustaz Don.
Tiba jam 11 pagi, Ustaz Don ceria melayani tetamu jemputan yang dianggarkan dalam 2000 orang. Tiada majlis persandingan dilakukan sebaliknya majlis berlangsung begitu ringkas.



**SELAMAT PENGANTIN BARU:)

Monday 24 September 2012

Majalah: Jom membaca

Salam.

Readers suka buat apa waktu lapang?...lately asal nampak majalah nak beli, kalau baca tak pe kan.


Ni majalah yang dibeli lepas je cuti raya, sempena open-open house raya tu kan..kot-kot boleh mengawal nafsu makannnn...SOLUSI



Selepas je bersolusi bagai..... Tup tup rumah sendiri yang nak buat open house kecil-kecilan...ha ha hamik...SAJI


Lastly buat menu lain, ni antara foto hari kejadian, foto main menu takdok...hampa tau. Takpelah ni foto pun boleh buat rujukan dan kenangan..(raya abis dah sekian-entry selingan ye kalian)

Menu Nasi ayam dan Mi hailam je.



Antara orang-orang kuat...termasuk our chief of da house, tQ :)


Next... 



Hihihi tiba-tiba beli majalah KELUARGA pulak...apa yang ada ya? macam-macam...semenjak dah berkeluarga ni..macam-macam ya...eh nak menambah pengetahuankan...


Ni pulak




Majalah Mingguan Wanita pun nak jugak, tambah pulak ada cover foto Ustaz Don dan isterinya...terus je..."kak kira sekali dengan Mingguan Wanita ye"( masa beli sarapan). Ni terlupa nak ambil sendiri foto cover majalah tu.



**SELAMAT MEMBACA!

Friday 21 September 2012

Menu #9 : Menu dia vs Menu kami

Salam readers kesayangan :)

Harap2 semua sihat-sihat di samping kerja-kerja hakiki yang mesti dikerjakan. Hari ni nak share pasal makan lagi...Hidup untuk makankah? Makan untuk hidupkah?


Review dari Majalah Solusi Isu No. 47 (m/s: 24)

Rasulullah tidak pernah mengada-ngada nak makan itu ini. Baginda biasanya akan makan  apa-apa sahaja yang sudah tersedia. Bukan itu sahaja, bahan-bahannya pula mudah didapati dan penyediaannya tidak rumit.






Berikut adalah sebahagian  menu yang pernah dimakan oleh Rasullullah SAW.

  • Kurma dan air kosong
  • Tharid iaitu roti dicampur daging dan berkuah
  • Roti yang dimakan dengan cuka
  • Roti dengan minyak zaitun
  • Roti dengan keju
  • Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum
  • Roti dengan kurma
  • Kurma dengan mentega
  • 7 biji kurma yang direndam di dalam susu(biasanya dimakan pada waktu pagi)
  • Kurma dan tembikai
  • Timun dan kurma
.................
Kita bagaimana pula?

Kukus, panggang, kukus lagi, grill, goreng....apa sajalah teknik dan gaya memasaknya.


Ni lempeng kelapa kegemaran...tapi tu la nak buat sambal tumis tu cabaran jugak


Chicken Lasagna from Domino's


Turn to.......chicken lazatnya sampai licin you


Ni jelah yang mampu foto-foto diperoleh...ish3 macam nampak sangat tak menyabo nak makan, cuma foto selepas je ada...



**Tak perlu merungut, mengeluh jika itu sudah rezekimu, syukuri nikmatnya. Bersederhana lebih baik kan:)


Thursday 20 September 2012

Jambu...

Jambu batu isi merah
Jambu batu isi putih
Jambu batu tanpa biji
Jambu mawar
Jambu air
Jambu bol


Gie suka  makan jambu especially jambu batu isi putih, cicah pulak dengan asam...emmm sedap beb! apatah lagi air jambu...segar tekak ni.

(sumber: google)



Majalah Mingguan Wanita 21-27/9/2012



Review m/s 66 : Buah jambu batu kurangkan berat badan.

Buah jambu juga dikatakan mampu mengurangkan kolesterol dalam darah dengan mencegah ia daripada menebal, sekaligus mengekalkan kebendaliran darah dan mengurangkan tekanan darah. Disebabkan jambu batu kaya dengan serat dan hipoglisemia secara semulajadi, maka ia membantu dalam mengurangkan tekanan darah.

Buah jambu batu juga amat membantu mengurangkan berat badan tanpa mengganggu pengambilan protein, vitamin dan serat. Hanya sekeping jambu batu bersaiz sederhana waktu tengahari, anda tidak akan berasa lapar sehingga malam. (Betul ni?!)



**Jom jadikan buah-buahan sebagai snek harian:)

Tuesday 18 September 2012

Menu #8: Orang kampung vs orang bandar


Salam, 

Amaran: Berikut adalah entry makan-makan, sesiapa yang berpuasa sila bertabah ye. Anggap jelah sebagai menu rujukan untuk memasak nanti. Sekian tq.:)


Bangun pagi perut lapaq, anak-anak pun bangun awal, mulalah gelabah nak buat menu apa yang cepat dimasak, sedap dingap.



Sebelum masak punyalah lapaq perut ni kriuk-kriuk. Tiba-tiba dengar.."Nasi lemak, nasi lemak". Adik jual nasi lemak duk laung jualan dia...terus je beli, makan senyap-senyap kat dapur. Beli untuk diri dan suami je sebab nasi dia dah siram dengan sambal siap-siap. Kang anak-anak mak nampak terliuq pulak (kejamkah aku???)

Nasi lemak beli siap!



Maka inilah yang boleh dibuat untuk perut-perut cumel kami sekeluarga pada waktu pagi atau minum petang.

Jemput-jemput

Untuk buat Jemput-jemput ni Gie cuma guna tepung gandum, air, telur, bawang cincang, sagat carrot dan sagat kentang. Jangan lupa guna teknik kaup balik...kalau tak, emm keras tau. Kemudian perasakan dengan garam. Tunggu minyak dalam kuali betul-betul panas baru goreng. Bila makan cicah dengan sos cili...sedappp syok sendiri.



Nasi campur

Asam podeh ikan ape ek...tak ingek.. jemput makan tau. 



Meh ke menu orang bandar pulak... Order sajek maaa..


Anak vs bapak - McD pulok!


Gaya Anak love ke lapo McD?


Mak bahagia dalam kaburrrr... konyang sudah - Alhamdulillah..dah jom balik rumah.



** Korang suka yang mana?