Monday 31 December 2012

Vegemeja

Lagi-lagi vege kan?

Bosan ke?

Sayur sedap la, lagi pulak banyak khasiat.

Boleh ke Gie hidup tanpa sayur dalam menu seharian?

Memang boleh cuma rasa macam kekurangan.

Bila tak de tu rasa kurang best dalam perut.

Perut nak hadam makanan macam lambat je.

Dari kecil memang mak Gie suka masak sayur.

Dalam menu seharian biasanya ada sumber protein(ikan, telur, ayam ke daging ke), fiber(mostly sayur tumis air, bening ke) then sambal ofkos ada, kalau tak de pun patah je cili burung tu masa makan nasi.

Anak-anak macam mana pula?

Sometimes diorang tak suka juga, kenapa ye?

Mungkin kurang rasa kot.

Tapi Gie still masukkan juga dalam masakan...

Ngeh ngeh ngeh...ada mak kesah?

Buat sesiapa yang tak suka makan sayur, meh belajar-belajar makan sayur, paling tidak pun buat ulam-ulam masa makan...

Alaaa coslow KFC, Kenny Rogers tu korang makan tu...sedap kan?

Lagipun sayur-mayur ni kandungan kalorinya kurang, so memang best buat mereka yang sedang diet!  :)

Ni antara menu yang Gie masukkan vegemeja...



Ala bila letak benda-benda sampingan, sup sayur kita semakin sedap apa.



Haa dalam mi goreng Gie mesti nak letak sayur banyak...haaaa heaven sangat ditambah lagi kalau ada macam-macam 'perkakas' like udang, sotong, ayam, telur....ish ish ish



Kau buat ape sayang Gie weh?? ...cer citer cer citer
Oooo ni Gie nak buat jemput-jemput kelapa bersayur. Guna kelapa muda parut yang muda sikit, buh garam, gula, air then gaul dengan tepung....ada stok sayur dalam esbok tu hambo keluarkan...potong-potong, parut-parut sikit, panaskan minyak, last sekali goreng...emmm lembut kemain lagi. Kenyang perut-perut stokin korang sambil-sambil cicah dengan sos cili tu ha.



Rupa jemput-jemput kelapa bersayur tu camana?



Sedap dimakan begitu sahaja juga :)



**Ok...vegemeja a.k.a vegetable.



Terpengaruh ke??

Bila dapat makanan sedap then bawa pula cerita ke anak-anak ke, husband ke, adik-beradik ke and entah siapa-siapa lagi tak tahu, mesti diorang pun macam teringin juga(diorang terpengaruh ke?)  


Kalau rajin buat sendiri, kalau tak rajin...faham-fahamlah  ye:)


Antara contoh makanan yang sampai orang terdekat teringin jugak adalah


V
V
V
V
V
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Kek coklat lembap


Naib baiklah jadi juga...tapi kan.....Gie guna tepung yang dah ready untuk dibuat, tak payah nak timbang bagai dan bersama-sama dengan adik ipar...wakakakaka tak aci kan??


Lasagna



Tiba-tiba mulut terlepas cakap kat adik ipar nak buat lasagna...hamikkau pergi buat!...berangan nak buat lasagna berlayer cantik macam gambar pada kotak lasagna tapi....wakakakaka nan hado jolah...takpe belasah je


Adolah rupa jugak ke nan hado...licin beb.


Kenny Rogers



Mulut yang selalu tak hengat nih membuatkan husband teringin ke KR jugak.



Si firas yang suka makanan manis-manis




"Nanti abang nak makan kat sini lagi ye ummi"




** Korang mudah terpengaruh tak?

From "WHERE" with Luv Luv

Bagi sesiapa yang berkuntum tetiap malam dok tengok Adam Hawa tu, mesti tau yang Am baru balik dari London.

Adakah Am bawakan gift setelah kepulangannya dari London?

Kalau betul, apa yang dia bagi?



--------------------



Gie baru-baru ni dapat gift.

Apekah itu?


Jeng jeng jeng....



Huhuhuhuhu Mrs. Green yang negara sendirik pun belum habis jelajah, apatah lagi Paris, Tokyo, Hongkong pun tarak...Makkah tu nak sangat pergi bila diizinkan suatu hari nanti


Apa sebenarnya?????


Seorang 'Blogger' dengan entry Travelognye...(seronok kemain dia)


Saya dapat ni dari cik rossa...Tq cik rossa...comel dear.



**From Genting sangatttttt tempat tu....with her love love...

Friday 28 December 2012

Intan terpilih

Tadi Gie try google cara nak putihkan gigi.

Weh hang tak de kojo lain ko?

Saje la kan nak cari betulkah yang arang boleh  putihkan gigi walaupun ia hitam sweet sweet.

Masa kecil-kecil dulu, ada orang kata nak putihkan gigi -yang-kuning-bukan-akibat-tak-gosok-gigi adalah dengan menggosok menggunakan arang.

Apabila semakin dewasa mula terfikir guna arang batu ke arang kayu?

Takkanlah guna arang batu pulak kan?kang ada pulak gigi makin menipis...guna arang kayu.

Tapi bagi Gie macam tak sanggup je nak pegang arang then tonyoh-tonyoh kat gigi.

Korang sanggup ke???

Ok nak dijadikan cerita, masa cari barang kat shopping complex haritu, terserempak dengan benda ni
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



What is this??



It's tooth brush!!! 



Kenapa hitam?sebab diperbuat daripada arang. 

Terus ambil dua batang untuk diri sendiri dan satu untuk pasangan hidup la kan(kalau jenis berus gigi terus je sanggup nak tonyoh-tonyoh kat gigi sendiri). 

Kat situ kata untuk kesegaran, tak perasan pulak kalau untuk putihkan gigi. 

Ada juga terbaca tak elok untuk enamel pada gigi. 

Cemana ni? 

Den dah guna and still guna. 

Kena stop kah?



**Tapi orang cakap gigi seseorang yang memang jenis kuning ala-ala kuning pearl adalah lebih tahan lama.

Obes yang obses : Part 2

Salam ceria kesayangan semua:)


Part 1 di sini (^ ^)


Kenapa ceria sangat nih?


Suka dan setuju tak pantun nih?


"Gendang gendut tali kecapi
 Kenyang perut suka hati"


Contohnya...bila lapar asyik hangin je...bila dah kenyang...lalalalalala macam si harith nih kan.



Dok bergoyang je...



Ok, masa ambil keputusan nak amalkan diet yang mana masa tu tak tau seimbang ke tidak dietnya, rasa gelap jap fikiran nih sebabnya kalau Gie masak mesti teringinnnnnn makan ape yang sendiri masak yang mana pasti sepastinya masak apa yang kita suka kan..Ok masak tu satu hal, tang makan-makan tu pula satu hal...selalu je tersasar tak hengat yang diri tu ala-ala obes...huhuhu..


Setelah kajian demi kajian yang dilakukan...ceh ceh ceh ... kalau disiplin tang kuantiti makanan yang diambil, tak kisahlah nak masak apa pun boleh.... Ingat! ada orang-orang tersayang yang masih mahu merasai air tangan kita nih....



Dough-dough-dough-uli-uli-tepung-sambil-firas-culik-bawa-larikkkk-makan-terus-weh-belum-masak-lagi



wo-wo-wo-wo-tak-sudah-sudah-dengan-donat-dia-nak-wat-camno-den-tahu-dan-suka-yang-nih-je


Walaupun suka masak namun tatkala mood entah ke mana hala tak tahu...maka beli saja di pasar tani then masa jalan-jalan kat pasar tani tu terserempak dengan lempeng durian...ish ish ish tak glamor pun! Durian Crepe glamor lagi kan?



RM10 sepeket nih. Sebab sedap rasa nikmat sangat masa beli sepeket kongsikong dengan members...terus beli sepeket lagi nak bagi rakyat rumah rasa pula....



shhhhh-tak-dapat-disangkal-kesedapannya-habis-dilahap-Gie-firas-harith-bapak-diorang-then-siap-dapat-pesanan-nanti-ummi-beli-lagi-ek



**Gie-terkebil-kebil-kelopak-mata-mendengar-pesanan-ringkas-padat-itu:)

Sedang lapar


Wednesday 26 December 2012

Freeze me!!

Siapa suka ni sila angguk-angguk-geleng-geleng-tunjuk-tunjuk-ikut-telunjuk


Dah-dah ni bukan kelas nyanyian untuk diikuti ye...


Ok berbalik kepada topik kita.


Siapa suka esbok?


Siapa suka peti ais?


Siapa suka fridge?


Siapa suka-siapa suka????


Gie kadang-kadang terfikir, apa yang Gie buat ni? boleh mendatang manfaat ke buat korang? menunjuk-nunjukkah?...


Ok lah 'I just want to share because everybody knows that sharing is caring' 


Wiwiwiwiwiwi....*wink*


Coconut milk yang segar-bugar tu Gie tuang dalam bekas kecil-kecil ni, then tutup.....



 Wowowowowo...freeze kan coconut milk tu dalam esbok tu supaya sonang kojo den bilo nak masak sayur lomak ko, nasi lomak ko berbanding sebelum ni simpan dalam kuantiti yang besar sekaligus then terpaksa katok ngan anak lesung sebab nak guna sikit je....wakakaka nampak sangat hazabbbbbbb weh. Tak lupo jugak buat yang sama kepada cili kering yang telah diblender.... 



Jap-jap-jap....adakah aku sedang merindukan satu babak 2 tahun episod cinta??? Allah je yang Maha Mengetahuinya..



Dulu niat utama beli esbok adalah nak simpan mother's milk. **Sebagai pembakar semangat buat ibu-ibu.


Ok tu je:)



***Alhamdulillah, jumpa lagi di next entry kalau ada.


Monday 24 December 2012

Menu #14 : Kadang-kadang rupa tak penting...

Salam...sihat ke? Selamat datang ke blog usang nih. Banyak sungguh perkara-perkara besar yang terjadi. Tapi bila dah berjaya melaluinya rasa tenang balik hati. Alhamdulillah ada hikmahnya.


Hihi buat korang yang rasa perkahwinan itu apakah yang manisnya ye? Antara kemanisan di dalamnya adalah dapat belajar resepi  baru dari keluarga mertua antaranya kari ikan...terangkat sangat, masak lemak udang campur keladi...huh berpeluh pedas sedap pulak dan telur sempoi yang super duper sedappppppp.


Tapi untuk entri ni nak share yang menu telur je. 


Korang cuma perlu panaskan minyak untuk menumis bawang besar yang cuma perlu dirajang-rajang sahaja. Setelah naik bau, sila pecahkan telur-telur itu maksudnya sebanyak mana telur yang korang nak lahapkan. Kemudian bubuh lada hitam yang dah ditumbuk kasar-kasar je. Last sekali bubuh kicap manis sesedap rasa. Ingat, tak perlu balik-balikkan telur, cuma perlu tolok-tolak manja agar masak tapi taklah sampai kering. Siap dan sedia dimakan bersama nasi atau roti. Makan macam tu je pun sodap dap dap dap.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v







**Tq mak mertuaku:)

Monday 17 December 2012

Treatment

Lahir ke dunia
Muda belia
Tua tiba
Sakit pula menjelma
Ada hikmahnya
Kerana..
Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit

Lahir ke dunia
Muda belia
Masih ada yang tua
Resah melanda
Doakan sentiasa
Semoga sihat sentiasa

-----------

Kerja salah satu ibadah
Setiap kerja ada dugaannya
Terkadang dihormati
Terkadang dihina
Terkadang resah melanda
Fikir semula
Berhenti seketika
Teguran dari yang Maha Esa 
Walaupun melalui hambaNya

Langit tak selalu bercahaya
Terkadang gelap-gelita
Cari Sang Pencipta
Cerita padaNya
Bahawa hati sedang gundah-gulana
Namun tak sabar menanti petunjukNya
Apakah hikmah di sebaliknya?
Hati kenapa sering berprasangka?
Kita tak mampu hadapinya
Serah semua padaNya
Pasti sinar akan menjelma
Pujuklah hati

----------

Menjadi lumrah
Mencari sahabat
Tempat bercerita
Bukan pula tempat bergantung
Bukan minta simpati
Cuma mahu bersama
Sebab rasa selesa

Menjadi sahabat
Terkadang bukannya mudah
Terkadang lidah tersasar
Dek hati yang terkadang mati 
Membuat rasa tak selesa
Pohon maaf dari hati
Moga diri dimaafi
Jangan pendam seorang diri
Membuatkan hati satu lagi tertanya-tanya
Di mana salahnya

----------

Masalah melanda
1 datang
2, 3, 4 menyusul pula
Umpama "The day when everything going wrong"
Ya ia boleh dikira
Tak perlu lari
Mari selesaikan
Cari jalan penyelesaian
Bukan memikir tanpa menyelesaikan
Memang berat
Memang tak sangka
Bertubi-tubi pula
Apakan daya..
Semua perancanganNya
Maka mari kembali kepadaNya
Semoga ada jalannya..

----------

Terkadang dalam resah
Ia menjelma
Si dia
Meng'happy'kan diri
Allah datangkan 
Melalui si dia
Oh nikmatnya
Dalam pahit
Masih ada manisnya
Apabila kita serahkan segala padaNya
Bukan tak mahu berusaha
Dalam hilai tawa
Ada doa
Semoga yang Maha Esa
Beri petunjuk
'TQ' untuk si dia
Alhamdulillah rupanya si dia yang terpilih




(foto: kredit to rossa)

**"treatment diri"





Wednesday 12 December 2012

12.12.12 a.k.a 12.12.2012

Ewah-ewah ramai yang suka tarikh ni...
12.12.12
Di JPN pun ramai orang, daftar kahwin kot...tarikh cantik...12.12.2012
Walauapapun rintangan pada hari ini...Gie dan kawan-kawan berjaya makan durian free...durian kucing tidur...
Tapi fotonya tak de.
Ni je yang ada, masa nak wedding adik aritu.









Tuesday 11 December 2012

Cinta kura-kura


Sebab tak kenal jantan betina ke spesis apa ke, Gie panggil ni kura-kura lah ye. Terima kasih kat sis art sebab selalu ingat kat mrs green...bertambah-tambah green hidup Gie. Comel sangat fridge magnet ni.



**Hidup bermakna apabila selalu diingati.

Friday 7 December 2012

Obes yang obses

Salam semua...

P/S: weh blur...okla tu gambar blur sesuai dengan hp norkeeah...sedey (~ ~)



Apa benda ni?...kalau tak blur korang terliur pulak...doghian crepe jer pun..sedapppp. Nak lagi...dah order pun..3 RM5...besar pulak tu.



sihat?

sakit?

sakit hati?

Eh tak delah(padahal dalam hati geram je)



Eh tadi kata tak delah...sakit tekak, gatal tekak, kurang minum air kot



Ok tak pe..it's ok.

Hidup mesti diteruskan.



Walaupun roti je...kosong pulak...eh wholegrain nih


Kenapa ni?

Saje...

Angau?

Sikitlah...

Kenapa?

Obesiti nak kurusiti la..



Emmm...nampak sangat laparnye tu...tinggal serdak je rempeyek ni


Hehehehe

Oooooo...

Boleh je..

Jom tengok apa yang kita boleh buat..






Obes(ada yang terasa ke?) bukan je nak kurus tapi nak sihat, tu yang penting.

Obes boleh tengok web "Cikgu Fitness" di http://kevinzahri.com

Dia berpengalaman dalam bidang health and fitness.

Obses kan?



"Cikgu fitness" buat masa ni



Nampak dah tu...ke'obses'sannye

Try korang study.

Mata Gie dah nak berpinar-pinar ni.



**Usaha tangga kejayaan!!





Thursday 6 December 2012

Komitmen...

Rindu pula dah lama tak update, korang sihat ke?

Semoga sentiasa dalam lindunganNya.

Setiap hari seperti sama je rutin harian yang kita mesti lakukan.... mengasuh anak-anak, masak, basuh pakaian, sidai, lipat, mengemas lagi, lagi dan lagi.

Tapi tu baru rutin yang dah kahwin..

Yang belum kahwin pun sama je..jangan ingat korang takde komitmen.

Bukan nak menakutkan, cuma bersedialah sebab setiap perkara ada dugaannya.

Itu sudah lumrah.

Lagi....



(sumber : google)



Belum lagi kes ibu bekerja..kerja di tempat kerja, balik rumah pun ada kerja sedang menanti dan apatah lagi mood sentiasa kena stabil.

Kerja memang kena hadap, kena buat.

Cuma yang setiap hari tu mood je yang berbeza dek kerana banyak perkara yang kadang-kadang datang sekaligus. 

Macam mana agaknya bila seseorang tu dapat buat semua kerja maintain je setiap hari?  

Tak jemu ke? 

Tak penat ke? 

Apa motivasi  yang diorang guna sampai tinggi betul motivasinya...tabik spring toin toin toin... 

Ya betul, kerja memang tak pernah habis selagi hidup, cuma manusia je pandai ke tidak mengatur kerja mengikut masa. 

Sejauh manapun manusia pandai mengatur masa, namun ketentuan Maha Pencipta tiada siapa dapat menyangkalnya kerana jika dapat menyiapkan rutin harian sekalipun namun kualitinya pasti tidak sama.

Apabila tiba suatu masa kita dihujani dengan kerja, kerja, kerja...aaaaaaaaaa kerjaaaaaaaaaaaaa, terasa beban seperti batu atas kepala.

Sedar tak yang Allah sedang menguji kita?

Allah nak kita sedar yang kita mesti berbalik padaNya.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku.

Ya Allah, aku berserah kepadaMu atas segalanya.

Ya Allah, berkati aku.



***'Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok akan lebih baik dari hari ni'.