Thursday 31 January 2013

Daydreams mrs.green green grass

Weehuuu mrs green memang tak berapa berpisah dengan foodnyer.

Weehuu mrs green dah rindu kampung halamannya yang mana ada pisang yang boleh ditebang dan digoreng.

Terasa-rasa kat tekak rasa manis originalnya..

Dahlah kadang-kadang bila tumbuh keluar buahnya yang terhasil tu besar, bila nak goreng just belah dua.

Emmm sedap banget tak cukup sesisir=pelahap sungguh!!









Kredit to my boss punya shawls jualannya.

Memang cantik.

Bila pakai nampak terletak. 

Terletak kat kepala ye tak, takkan kat kepala lutut pula...hikhikhik harga RM50.

Hahaha paksa cik rossa pegang sebab nak ambil fotonya.

Nampak tak?

Dua lapis.

Sebelah satu ton warna, sebelah lagi dua ton....hui terkedu melihatnya.

Bila agaknya akan jadi hakmilik mrs green?






Buat diri mrs green yang terkadang pening lalat macam tak cukup gula, teringin gak muffin coklat yang macam ni....


XOXO...




Wednesday 30 January 2013

Ala siannya(~ ~)

SEBANYAK 10 ekor gajah ditemui mati sejak dua minggu lalu dipercayai akibat racun di Hutan Simpan Gunung Raya kira-kira 130 Kilometer dari Tawau. Daripada jumlah itu, tujuh adalah betina dan selebihnya jantan berusia seawal empat tahun. FOTO Reuters (29/01/2013) - kredit to mymetro


**Kesian kan....anak kehilangan ibu mungkin, ini tak GREEN.

Tuesday 29 January 2013

Tak cukup GREEN lagikah hidupku ini?






Terkejut haritu beli burger yang dekat dengan Sungai Ramal Food Junction ada gerai burger dengan mayonis kaler hijau ni.

Kalau korang, lalu tak nak makan yang kaler ni?

Kalau dah sampai kat situ tak sah kalau tak beli Willy Satay ye tak?

Ni dah kali ke 3 beli satay kat situ, sedap tu je nak habaq mai.





Friday 25 January 2013

Oh jimatnya dia...

Jimatkah aku?

Tak membazirkah aku?

Baguslah dia ni, window shopping je tak beli apa pun.

Dalam hati..."kembang hedOng aku" ngeh ngeh

Jimat?

Tang mana jimatnya tu?

-------------------------

Zaman belajar sekolah rendah

Bawa bekal tiap-tiap hari

Pergi sekolah tiap-tiap hari naik basikal

Kalau bawak duit 50 sen, guna 30 sen je

------------------------

Zaman belajar sekolah menengah

Dah makan siap-siap kat rumah

Kalau beli makan pun roti je tapi mesti roti sambal

Pergi sekolah naik basikal lagi

Jarang pergi keluar dengan kawan-kawan

----------------------

Zaman sebelum sambung belajar

Kerja biasa-biasa je

Pergi kerja selalu naik basikal(tempat kerja dokek je)

Dapat gaji simpan untuk sambung belajar

Ada jiran tanya tak beli barang emas ke ape ke?

Soalan apakah??

--------------------

Zaman lanjutkan pelajaran

MARA taja jap

Jarang Outing

Bawa baju pergi kuliah setakat 3 pasang je then pakai sampai lebam, tunggu naik semester next tukar baju tapi bawa 3 pasang juga

Ubat gigi tahan 3 bulan sebab guna sikit je tiap kali memberus gigi

Beli kasut yang boleh tahan lasak jenama PUMA bertahun-tahun pakai - untuk berlari ke dewan kuliah, untuk masuk hutan, untuk outing, dating

-------------------

Zaman mula kerja

Dah pandai menyimpan sebab nak kahwin eh eh eh nak bayar balik PTPTNOPQRSTU sekali

Jarang beli tudung sebab duk lenjan tudung zaman belajar

Pergi kojo naik motor je

Jarang pergi outing sebab duk kawasan kampung, jauhhhhhh bandarnya

-----------------

Zaman kahwin sampai sekarang

Majlis kahwin yang simple je

Untuk weekdays biasanya masak satu lauk je like sup, tomyam - senang jimat masa boleh buat kerja-kerja lain lagi



Masak lemak udang campur terus dengan kobisla, sawi bunga la - haa senang tak, yang cili tu masuk je sebiji-sebiji untuk mak bapak yang makan pedas tinggal gigit je cili tu, tak payah nak masak yang satu pedas, satu tak pedas



Barang masak like ikan, ayam, udang beli sekali banyak simpan dalam freezer

Beli cloth diapers untuk anak-anak - go go green!!

-----------------

Tapi betulkah aku jimat?

Tak lah jimat sangat kan.

Kalau jimat mesti I slim kot

Tapi I tau I jimat nak mengeluarkan tenaga sampai tenaga tu tersimpan mejadi LEMAK.

So, betullah tak berapa jimatkan.




**Penjimatan ini sebagai panduan anda semua. Yang tak jimat tu sebagai iktibar.
(^ ~ ^)
**Oh jimatnya dia...ekekeke tak berapalah






Tuesday 22 January 2013

hANGIN

Bermenjak-menjak(semenjak dua menjak tak sesuai untuk situasi sekarang) mood memasak agak ke laut.

Mood tak mai-mai untuk memasak yang mungkin lain dari biasa.

Jiwa tu macam meronta-ronta(ecececeh) nak beli je senang kan ye tak?.

------------------

Kan korang tau kan I berazam nak diet.

Kadang-kadang kita yang tengah berdiet ni boleh je gunakan "cheated day" yang mana hari tersebut kita boleh makan lebih banyak kalori yang maybe untuk hilangkan rasa bosan berdiet, ataupun disebabkan berat badan yang tetiba dok statik je.

Tapi kan minggu lepas terserempak dengan lemang la, rendang la...emm memang berkecamuklah jiwa raga ni terus je kongsi-kongsi beli lemang dan rendang(nasib baik kongsi, kalau tak????).

Sedapnya tu memang toksah katalah, terbaikkkk sangat.

Beli 2 percuma satu.

Yang satu adalah dalam panjang sejengkal.

Lemak terasa memang sedappppp sangat.

Sebelum berlemang dah ngap kue teow goreng.

Keesokannya dan hari-hari nextnya ngap nasi goreng lah, nasi putih la, mi goreng lah, willy satay lah...

Tiba-tiba....

Berapa hari hang punya cheated day??

Tak tahulah tapi kalau dah start makan like nasi kan...dia punya selera macam mencanak-canak.

Pernah juga terbaca yang nasi ada kandungan vitamin B yang boleh menghilangkan pening, meNINGKATKAN sEleRAAAA..huhuhuhu



Seimbangkan ke I makan itu ini?


------------------

Hari ni bangun awal.

Harapan dapat masak sesuatu untuk breakfast.

Terus je buat cucuq macam haritu yang bubuh kelapa muda parut.

Tapikan cucuq tu terOver kasih sayang, so LIAT la.



Nampak tak cucuq tu?emm habis dah I lahapkan...


So, hAngin je.

Hangin-hangin tapi sodap je ekau lahapkan...muhuhuhu...lapo

Sekarang???

Tak berapa hangin sebab dah kenyang makan laksa dan nampak muka Harith dan Firas kat blog Cik Shomel

Seronok anak mak main dengan diorang termasuk Cik Rossa


Friday 18 January 2013

K-pap



Walaupun hujung minggu tak pergi kerja tapi otak Gie selalu giat memikirkan menu apa nak buat.

Tangan gatal nak buat sesuatu terutamanya yang masak-masak.

Padahal banyak je kerja lain duk tersusun tunggu giliran disiapkan.

Tapi tang masak jugak yang menenangkan hati walaupun sambil buat ada je tangan-tangan comel nak "menolong".

-------------------

K-pop

But I love k-pap a.k.a karipap

Teringin sangat nak buat sendiri, buat banyak-banyak, letak inti banyak-banyak sampai bam-bam lepas tu frozenkan.

Disebabkan dah buat bam-bam, ingat nak nak makan barang satu or dua ketul je tapi terderhaka kat diet sendiri dah makan berapa ketul tak tahulah pada satu sesi makan-makan.

Gie buat k-pap kentang+ayam sebab tu ja yang ado kat rumah.

Sebenarnya lebih suka inti keledek sebab rasa manis keledek tu sendiri.

Gie try campur lemak sayuran dengan minyak masak, ok jugak rasanya.

Kulit k-pap yang tertebal tu menyebabkan Gie masak lama sikit dengan api perlahan, hasilnya tak menghampakan.

Tapi yang kat gambar tu tergoreng sekejap(tak sabar nak makan, perut dah berkeriukkkkk kekdahnya), lepas tu masuk balik dalam minyak goreng sekejap je lagi 

Layankan tekak...







**karipap=epok-epok

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu


Salam,



Hari ni 1st time join segmen.

Teringin nak meluaskan liputan persaudaraan dan persahabatan di alam maya.

Semoga ukhwah yang terjalin sentiasa diberkati.



Photobucket

Pssst Cik Rossa and Cik Shomel meh joinnnnnn


*Berkawan biar beribu riban, berkasih biar sejibik

Thursday 17 January 2013

RO-WAU-TA-YA

Hidangan yang paling mudah-enak-berkhasiat yang penting cepat adalah rowautaya=roti.

Bertambahlah mudahnya bila jenis ni ada, tak comot ditangan hanya dimulut je comot...kihkihkih

Yang ganas "pOp meletOpp", tolak keluar terus boleh makan.

Haa yang jenis delicia tu sekarang ada perisa Rose pulak, terus je gedik nak try



Ha nak yang mana...hamikkkk(untuk anak-anak je,yeke??)



Cik Rossa yang dok try terus dengan izin ambil gambarnya(cik Shomel pun sama gak)...inti pink dengan haruman ros lagi...sedap jugak, cuma yang ni kalorinya agak lebih dari yang perisa jagung



Lain pula di kala beli roti sebuku tapi cam tak do sapo keleh terus je pecahkan beberapa biji telur, pukul manja then buat roti telur, barulah laju sikit nak makan.



Menjadi-jadi bila ternampak ada beberapa batang sosej kat esbok terus potong sosej tu kecik-kecik ala-ala kedekuttttt untuk dijadikan sosej roll. Sis Art I guna breadcrumb yang you tolong belikan tu, suka sangat, tq.



-Ummi kami suka beli roti Gardenia-


**Roti adalah sumber tenaga utama selain nasi









Wednesday 16 January 2013

Elak-tak berjaya-rezeki

Cuba juga elak tak mahu ber'makanan-pantas' tapi sebab dah pernah rasa.

Bagi yang dah hidup lebih lama macam mak-pak ni boleh juga kontrol diri tak nak.

Tapi bila anak-anak teringin terus ja tak sampai hati.

Asalnya nak berpondok-pizza tapi tak pelah....

Tiba-tiba mulut ni terluah jom berdomino jelah.



Biasalah mastermind tukang pukul gambar



Biasalah anak mastermind yang paling rajin bawa makanan adalah harith



Biasalah mastermind and whole family mesti nak memuaskan selera besar dengan pizza saiz larger than life



Biasalah adegan tangan bersilang-silang tatkala makanan terhidang



Biasalah dia yang first dapat



Di meja makan, firas lagi tenang melayan nasi ayamnya yang super sedap!!









**Burger-pizza-nasi ayam-Alhamdulillah

Tuesday 15 January 2013

Tabiat selepas bangun tidur..

Selain tidur yang hakiki(= tidur manusia yang malam tu) then bangun dari tidur kena sarapan ngap ngap untuk aktiviti seharian, kadang-kadang kita ni ada yang jenis terlena sekejap ataupun jenis yang shortnap di siang hari  yang bila bangun je dari tidur terus cari makanan.

Sebenarnya Gie jenis yang macam tu.

Bangun je dari tidur terus pergi dapur cari balang-balang keropok ke, biskut ke, coklat ke(then you know why I'm big?kan).

Kalau masa dulu-dulu bangun je tidur yang sekejap tu terus buka esbok, dok situ, termenung sambil kuis-kuis kot-kot ada leftover ke hape terus makan(haaa tak payah nak buka esbok lama-lama, kang banyak karen pulak).

Lepas tu rasa nikmat bahagia muka seposen terus duduk tengok tivi.

Tapi yang peliknya kalau bangun tidur yang hakiki tu pandai pulak baca doa bangun tidur(kadang-kadang tak de jugak), ini yang shortnap selalu tak baca pun doa lepas bangun tidur...kenapa ye?

Selain makan, ada juga yang jenis capai tuala mandi terus pergi mandi dulu.

Ok macam ni, walaupun tidur siang cuma barang 1 hingga 2 jam tapi terus pergi mandi lagi even dah mandi masa bangun tidur waktu pagi.

Mula-mula tu rasa pelik then terus tanya kenapa mandi lagi sebab tadi pagi kan dah mandi?.

Terus dijawab sebab tadi tidur kot-kot air liur meleleh ke apa ke.

Ooo...ok macam tu ye.

Bayangkan kalau weekend contohnya hari ahad dia tertidur maybe dalam 2 kali waktu siang, adakah dia ni tergolong dalam menghabiskan air je?






**Tak sangka ye macam-macam tabiat manusia ni

Monday 14 January 2013

twenty-thirteen


Salam...





Teringin nak update blog tapi banyak sangat agenda ditambah emosi yang terkadang sukar dikawal di hujung tahun lepas sampai di awal-awal tahun 2013.

#Mood = teringat kat Sis art (dah seminggu dah tinggal kitorang kat sini)

Tup tup dah 2 minggu kita di tahun 2013 ni.

Perut ni terasa kenyang sangat pulak sebab tadi makan buah jambu batu potong, lepas tu bedal pula nasi goreng kampung....ngap ngap tak sedar dah habis makan then terasa over kenyang pulak, terlupa baca doa makan ke apa? Ni ada lagi ayam goreng yang baunya menggamit sangat....sabar ye perut ehhhh ke nak cakap sabar ye nafsu makan, tak lari makanan tu.

Sebelum nak teruskan menaip entry meh nak check kalori yang telah berjaya Gie makan untuk sarapan ni, tak berapa pandai nak kira so kita buat anggaran sahaja ye.

So Gie menerjah web SUSU SEJAT dan  pergi di sini.

Air  masak secawan = 0 kalori
Buah jambu potong (325g) = 147 kalori
Nasi goreng kampung (330g) = 637 kalori
Cepat2 kira semua kaLORI itewwww = 784 kalori

Now, baru tahu sebab ape perut stokin rasa fulllll sangat!!!

Gie, ni baru sarapan dah 700 lebih kalori sedangkan Gie cuma kena makan area 1500 kalori je sehari( kalau nak selim melim la)

Try imejin  kena divide 1500 kalori kepada 7 hidangan kalau boleh untuk tingkatkan metabolisma badan.

Ok2 kena sedar diri balik...tapi Gie rasa lapar kemain sebab hari tu kan tak lalu makanlah, cerinoberi, munmun lah...

**Selamat meneruskan kerja hakiki.