Tuesday, 14 August 2012

Mood ke mana?

Salam,

Semua sihat ke? tuan blog? oh tak berapa sihat....sakit tekak, batuk dan flu. Satu family batuk kung kang kung kang. Alhamdulillah ada hikmahnya. Nasib baik kuat semangat lagi, kalau tak....puasa ke tak ni. Raya Aidilfitri dah semakin dekat, semakin rancak orang membeli-belah. Nampak semangat nak beraya gitu ditambah dengan dapat bonus dan gaji pun awal. Berjimat dan bersederhana lebih baik.

Mood korang ke mana? ke raya ke? ke berkuih raya ke? ke gelisah langsir tak pasang lagi ke?  ke belum jumpa tudung yang nak di matchingkan dengan baju ke? ke mood geram sebab bos asyik tanya soalan yang sama ke? ke ape ke? apa kes banyaknye soalan Gie pada korang.

Mood Gie sepanjang beberapa lama tak update blog adalah...

9 Ogos 2012 - MOOD BENGANG...alaaaa jerawat tak surut-surut, bertambah adalah...sabar Gie. Pergi farmasi yang berdekatan...tutup!!!! waduh, sempat ke kalau nak guna petua-petua bagai...Lastly, redha je, comel apa ada jerawat...wakakakaka nak sedapkan hati sendiri

10 Ogos 2012 - MOOD CERIA...ada majlis iftar dengan staf company tempat husband kerja. Mood bertukar ceria apabila dapat merasai masakan di Restoran Wong Solo, Kajang. Tekak pula disimbahi dengan air kelapa...wah dingin terasa. Suasana restoran  yang hijau menyejukkan semula hati yang sedang panas. Foto tiada ye. Boleh KLIK SINI. Biasanya makan di Restoran Wong Solo, Bangi.

11 Ogos 2012 - MOOD GIGIH...Hujung minggu ni...nak masak apa ye? Tetiba teringat karipap bonda tapi dah habis kami lahap. Bukan tu je kalau nak makan banyak kena buat sendiri. At least dapat buat yang tak berapa pedas, bolehlah anak-anak makan. Ni memang buat banyak untuk frozen sekali. Gigih beno buat sebelum berbuka. Ha ni Gie buat penuh dengan inti, kulitnya nipis je. Alaaa foto pun tak da. Ala-ala macam foto kat bawah ni la. Tapi itu lagi cantik la kan...yang Gie buat kejap kang comel kejap kang nan hado lah. Tapi jangan risau raso ado ok.




12 Ogos 2012 - MOOD TAKTENTUHALA KOT...Yeh hari ni tak payah masak. Nak jumpa mak sebab dah lama tak jumpa disamping hati eksaited nak bagi dia telekung idaman hati dia. Alhamdulillah dapat jugak telekung ni walaupun hargnya mahal. Foto sekali lagi tak de. Telekungnya lebih kurang macam ni. Telekung ni 2 lapis dan lapisan dalamnya labuh. Bahagian muka pun kemas dan cantik.



Alaaaa mak ajak makan kat surau, dapur tak berasap tau...ok mak..sedih sikit sebab nak yang mak masak. Tp kan menunya...sambal udang petai, ikan percik dan kari ikan...peh terbaik!!!sedap sangat ditambah lagi makan dalam dulang. Moreh pula pergi Marhaba. Ni gara-gara nak makan Shawarma yang sis Art kata sedap tu. Memang sedap la. Rotinya lembut, isinya padat. Haaa foto pun tak de tau. Lebih kurang macam ni ye. Tapi yang kat Marhaba tu isinye ayam, kentang, mayonis, timun jeruk...dan apa lagi tak tau.




**moodykah aku??. . sampai nak ambil gambar pun lazy. Korang semua tak mau moody-moody ye. Ceria selalu, awet muda:P


9 comments:

  1. Wah...mak buat karipap..bestnye...Bile nak buatkan utk i oll's.he2...Mood dah ke laut nak mendayung nak balik kg..excited terlebih gamaknye..Miss Gie pun nmpaknye mood dah kedaung gitu.he2..Papepun nak gak ucap selamat balik kg dan selamat ari raye...Ampun buk kiranye ada salah dah silap tutur bicara gitu...ouch..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan kata lainnye cuba nak menghidupkan malam-malam ramadhan yang penghujung ni..tp hati tu nak balik kampung!!!!huahuahua

      Delete
    2. kalau rajin lain kali kita buat ek boleh makan ramai2

      Delete
    3. eh3 cik shomel setujuk la....

      Delete
  2. Ouch! i heard someone whisper my name!duhhh..finally, you can taste such a fresh, delicious and incomparable shawarma!congrates bebeh..harap2 u all suka and enjoy the food..thanks for the review..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap...terbaik!!!!, kita rasa marhaba tu lebih baik daripada makan fast food...berbaloi sgt.

      Delete
    2. hik3..betul3 kite suke sgt statement awak!liking3..naper takder button like?hik3

      Delete
    3. hahahahaha sebab bukan fb, next time ada kot

      Delete