Friday 1 March 2013

Subuh...

Salam...


Indah sungguh kuasa Allah apabila direnung-renungkan...

Suatu masa dahulu masa tinggal di asrama kolej, selepas solat akan ada tazkirah.

Teringat satu tazkirah daripada seorang kawan.

Bangun subuh kena awal untuk solat subuh.

Solat subuh awal umpama pemula bagi hari.

Jika lambat solat subuh, apatah lagi di hujung waktu, maka apa-apa pun kerja yang kita lakukan sepanjang hari berkenaan akan lambat siapnya.

Kalau tak percaya, cubalah.

Kadang-kadang boleh pulak cakap tak de siapa tolong gerak.

Tapi kalau dah asyik sangat tidur, kau sedar tak ada orang gerak or tak?.

Ada juga yang jenis tidur lambat sebab tengok bola sepak, jenis yang suka keluar malam...ala-ala kutu rayau ke apa.

Kalau jenis yang tahu bangun awal solat subuh tak pelah jugak, kalau yang jenis tidur lambat then bangun pun lambat tu camno?

Korang perasan tak yang mak korang ke atau sesiapa jelah  cakap..."jangan tidur balik lepas waktu subuh, rezeki tak masuk!!!".





Haa yang ni selalu dengar ni.

Contoh rezeki yang tak masuk bila tidur balik lepas subuh adalah....seorang taukeh bukan taugeh kedai kain yang berhadapan dengan pasar awam buka kedai awal pagi dalam pukul 8.00 to 8.30.

Bila makcik-makcik or adik, kakak even pakcik pergi pasar akan singgah kedai kain tu berbanding kedai sebelahnya iaitu kedai runcit yang nak dekat tengahari baru terhegeh-hegeh nak buka.

Bila tiba tengah-tengah bulan setiap bulan dengan muka sememeh si owner kedai runcit pergi kedai kain jumpa taukeh nak pinjam duit...

Apakah?....

Ha nampak tak kat situ?.

Memanglah si taukeh kedai kain bagi pinjam tapi dia benganglah sebab macam mana nak ada duit kalau selalu buka kedai tengahari....,

Selain tu bila korang bangun balik dari tidur lepas subuh, korang pergi dapur cari sarapan tapi sarapan dah habis...haa kan nampak sangat rezeki kau tak masuk...

Bertabahlah kat situ.

Seterusnya korang rasa korang sihat ke kalau tidur balik lepas subuh?

Rasa lemah longlai, lemah gemalai ye tak bila bangun dari tidur?

Mana tak nya sebab korang tak dapat vitamin yang dah sah-sah free from sinaran mentari...vitamin D.

Itu pun tak nak? rugi-rugi.



**Ok, renung-renungkan. Membebel kat siapa tu??

17 comments:

  1. pengisian yang bagus nie kak :)

    ReplyDelete
  2. betul... setuju dengan entri ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi siapa setuju sila angkat tangan klik entry lain pula:)

      Delete
  3. singgah sini....

    setuju sangat....bila lambat bangun semua kerja tak menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai singgah mai....terus tak dapek nak tolong

      Delete
  4. Sudah terang lagi bersuluh, siapa yg tak nak rugi fikirkanlah mana yg terbaik kan..

    ReplyDelete
  5. singgah sini dan follow..

    bila lambat bangun kerja pun tak teratur..

    ReplyDelete
  6. Bangun..jgn tak bangun..kang kene siram ngan air.hahhaa...suara mak den mase time sekolah dulu waktu pepagi dekat nk subuh.Sekarang ni jam loceng lah yg kejut suh bangun solat subuh.tu pun klu bateri tk meragam.Klu tk ke tgharila jwbnye.tu yg rezeki kengkadang tk masuk time pagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...kekadang dengar dah bunyi jam loceng tp still enak diulit mayang....nak kena someone juga yg gerak baru jalan...kalau air suam or air sejuk dap juga...kalau kena siram ngan air panas tak dapek nak tolong

      Delete
    2. Hehhe..dirasekan seperti mimpi kene hujan padahal tgh basah mandi air panas.kihkihkih..lecur gelegok le jwbnye.

      Delete
  7. comelnyer abg haris....naik feri ke tu?almakkkkk iols terpana...mekasih ingatkan...

    ReplyDelete
  8. ayah saya suker wasap pepagi kat anak2 menantu2 kejut subuh

    sweet kan

    ReplyDelete
  9. bab rezeki tak masuk tu, saya setuju sangat.

    ReplyDelete
  10. heheh muhasabah diri sndiri yg slalu tdur lpas subuh nk2 lau kat hostel,hihihih

    ReplyDelete