Salam Ramadhan lagi readers......:)
Oh gigihnya tak tidur balik mata ini selepas sahur. Bukannya apa, risau terlajak bangun dan terlewat ke tempat kerja. Anyway Alhamdulillah sekarang jalanraya sudah kurang sesaknya berbanding awal Ramadhan baru-baru ini. Mungkin masing-masing sudah boleh beradaptasi dengan waktu pada bulan Ramadhan ini. Hati Gie lega sikit, kalau tidak asyik berdebar takut sampai lewat ke tempat kerja.
Bulan Ramadhan memang banyak dugaannya.
Mana tidaknya, bazaar Ramadhan merata-rata dengan juadah berbuka yang pelbagai. Tinggal pilih dan beli yang mana suka cuma kadang-kadang terlupa yang muatan perut lebih kepada minuman, akhirnya berlakulah pembaziran.

Rancangan di televisyen tidak kurang hebatnya, kebanyakannya memang yang bertauladan cuma bila terlampau banyak takut pula terleka daripada melakukan kerja-kerja lain yang sepatutnya.
Mak bapak teringin buat terawih di surau atau masjid bawa anak-anak sekali dengan harapan anak-anak akan terdedah dengan ajaran Islam walaupun masih kecil. Namun hati ada terfikir anak-anak akan di luar kawalan, mungkin kalau niat di hati itu betul dan doa banyak pasti semua akan bekerjasama. Rasanya tidak perlulah ada mata yang mengerling kemarahan bila anak-anak dengan ragamnya. Lagipun memang nama pun 'anak-anak'....itu kan lumrah...
Bila perut lapar dan air dalam badan pun kurang memang rasa marah mudah timbul. Banyak bersabarlah wahai hati.
Bila perut lapar dan air dalam badan pun kurang memang rasa marah mudah timbul. Banyak bersabarlah wahai hati.
Sebelum tidur gigih juga kunci jam supaya dapat bersahur. Namun siapalah sangka apabila bukan sahaja jam loceng tak kedengaran malah jam di handphone dan AZAN SUBUH pun tak dengar!!! Oh siapalah kita sebagai manusia nak menolak takdir Allah itu, mesti ada hikmah di sebalik kejadian. Mungkinkah kita terlewat tidur sebelumnya atau Allah memang hendak menduga hambaNya. Sesungguhnya perancangan Allah lebih teliti daripada perancangan manusia. Walaupun tidak bersahur tapi tubuh badan masih mampu menguruskan diri sendiri, anak-anak dan rumahtangga termasuk memasak juadah berbuka nanti, syukur-syukur cepat...alhamdulillah.
Oh ramainya yang berniaga.....kuih, baju, pinggan mangkuk raya...si penjual saya bukan tak mau beli tapi saya cuba berjimat...terima kasih.
Walaupun Ramadhan adalah bulan yang penuh dugaan tapi kita kena sedar bahawa masih ada keriangan diberi antaranya untunglah bagi mereka yang berazam masak sendiri di rumah, bukan setakat jimat tapi makanan itu lebih berkhasiat, apabila dapat buat lebih pula bolehlah meringan-ringankan tangan menghulurkan ke jiran tetangga atau dihantar ke surau atau masjid.
Dapat makan bersama-sama seisi keluarga sebab waktu makan sama. Kalau hari biasa ada yang lewat makan sebab masih kenyang. Dapat eratkan kasih sayang bermula dari tempat makan!!.
Apabila dapat makanan maka badan terus kuat bukan setakat solat maghrib tapi isyak seterusnya terawih dan mengaji.
Kadang-kala tidak perlu masak sebab tiba-tiba dapat mesej jom berbuka di rumah mak!!!LOL.
Dapat beli barang keperluan dengan harga lebih murah....sekali lagi dapat jimat.
Hati yang sering kacau bilau mudah terdidik apabila perut lapar dan tekak dahaga. Ini yang susah nak dapat di bulan lain.
Opppsss tak sangka pula banyak sudah menaip. Pagi tadi tengok Pesan Atok di TV9...ini antara pesanan:-
3 golongan yang Allah tidak akan lihat/pandang di akhirat kelak:
1) Anak yang derhaka kepada ibubapa
2) Suami yang dayus iaitu yang membiarkan isterinya tidak menutup aurat, melayani lelaki yang bukan muhrim dll.
3) Perempuan yang menyerupai lelaki
Ok tu sahaja, maaf kalau ada yang silap...Selamat berpuasa lagi...:)

femes sudah faris n si firas nie ea... hihihi
ReplyDeleteitu ler nak kena bagi royalti ke idok ni.....kira2 duit raya ke ape ni...huhuhuhu
Deleteroyalti bagi makan kat restoran marhabah dah laa kak..hihhihi :p
Deleteouh masih tak lupa restoran marhaba tu ye....kalau dah pekena baru leh cite pjg ni....pembetulan..... harith n firas
DeleteO...harith ye...sib baik gee ade pencerahan,salah info le pulak,sorry cik shomel a.k.a jiran sebelah.he2...Time2 pose ni memang menguji kesabaran i oll's sgt,mane taknye kat tv je dah ade ketuk2 ramadan,cubits emm.dap..dap..dan yg sewaktu dgnnye.meleleh tekak dibuatnye.
ReplyDeletemotip si tecik tu baju warna biru u oll's..saje je nak buat mate we oll's juling ni.kihkihkih...
Deletehehe memang ramai yg tersilap nama anak-anak iolls...adekah gara2 iolls???? biru aje yg sering menambat hati mak diorang nih....hihihi
DeleteHik3..dalam semua yang kat atas tu kite lebih terpanggil untuk komen tentang si kecil2 yang mewarnai hari2 sis gie...comelnyer..baju biru saja nak caras aunty yer! Apapun, bukan selalu dapat merasa semua tu kan? nikmat Ramadhan, dalam ketekunan menahan lapar dan dahaga, tetap tidak menghalangi kita dari menyediakan juadah untuk keluarga, yang sempoi, sedap, berkhasiat dan seimbang..Air tangan kita juga merupakan penawar buat mereka..kasih yang tercurah melalui masakan hanaya mereka yang tahu menilainya..subhanallah..tahniah gie berjaya membebel cam mak!
ReplyDeletesi kecil yg nak membesar tu membuatkan hari2 mak colourful uolls....hihihi
Deletesekali sekala nak caras sis art...
wakakakakaka tak sangka terbebel...akibat kuat benau melahar sheolls bebel...waduh ish3....
hihihi..betul bangat tuh! tanpa theyols kurangla sirna hari2 kita kan? betapa kita dambakan gelak-tawa mereka, rengekkan manja yang membuai jiwa, keletah yang bikin kita rindu mereka biarpun di depan mata..owh duhai anak! takper kita halalkan awak caras kita kih3..at least bukan kiter ade geng! tulah lahar lagi ngeh3
Deletetypo, sepatutnya, at least kiter ade geng!
Deletewakakaka segala menda ada geng....shhhhhh
Deletepencerahan...geng berjimbas, geng gedevas, geng membebel, geng ape lagi ek....
Delete