Friday 15 March 2013

Dunia 'terbalik'

Assalamualaikum di hari Jumaat yang nyaman...

Semoga kamu gembira sentiasa...

Jenguk di mymetro tadi...
--------------------------

Hidup dalam dunia ‘terbalik’


Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.
Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.
Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.




BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.’
“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15
-----------------------------

Masa zaman Gie sekolah agama dulu, ustazah Gie yang sorang tu kalau mengajar tak kira subjek  apa pun jarang sangat pegang kitab sendiri tapi refer kat kitab anak murid yang duduk paling depan(iolls lahkan.hihihihi) tapi yang Gie kagum sebab tak perlu nak terbalikkan kitab tu ke depan dia sebab dia baca lancOr je...

Kita yang tulisan jawi tu ok lagi la tapi ni kitab AlQuran pun lancOr juga!!!

Dahsyat lah my ustazah ni!!


Zaman kanak-kanak yang baru nak belajar menulis sering jadi camni ek?...

Suruh tulis B...jadi B terbalik...adudududu...kena pulihkan semula motor halus ke kasar ni...



Ni yang membuatkan si Firas bertambah kelakOrnya. 

Camnilah dia...sering buat sesuatu yang tak pernah terduga dek akal orang dewasa cam kita ni...

Bila dia menghadap kasut or selipar yang kanan kirinya terbalik maksudnya selipar untuk kaki kanan tapi kat depan dia selipar untuk kaki kiri....maka...

Camni korang tengok yang kat gambar tu...pada Gie la kan Gie ingat dia akan tukar-tukar kedudukan selipar tu tapi apa yang si Firas buat adalah yang langkah nombor 2 tu iaitu dia pegang dua-dua belah kasut tu dan betulkan dengan pusingkan lawan jam kasut yang sebelah kanan dan yang sebelah kiri ikut arah jam.....

Ada gak sesetengah orang akan ke arah yang nombor 1 maksudnya badan dia yang dibawa untuk pakai kasut/selipar tu.



**Macam-macam













16 comments:

  1. Tersenyum2 AJ tengok lukisan2 tu...
    Hehehhehhe..
    Selipar tu nampak macam mouse...
    Nasib ada description.... =D

    ReplyDelete
  2. hehehe siap ada illustration g :)

    ReplyDelete
  3. jangan2 omputeh tu bawa kereta terbalik gak.. ekeke..

    ReplyDelete
  4. Hebatnya mata dia... Rasanya fokus mata dia yang terbalik..... (sains tingkatan 5 kot.. optik)... hehe

    ReplyDelete
  5. Firas Pandaiiii.....dia tak mau ubah kedudukan selipar Tu,bagus2

    ReplyDelete
  6. sesuatu yang kita rasakan pelik bila ia di lakukan berbeza dengan orang lain..tapi bila Allah berkehendakkan ia berlaku..tiada apa yang mustahil..hihihihi..

    ReplyDelete
  7. Uniknye dan ganjil.Dulu pun suke gak try buat tulisan terbalik.tp memang buruk sgt tulisan tu.Bile tgk ape yg jadi kat Bojana tu memang Kuasa Tuhan kan.

    ReplyDelete
  8. Klu sy mau pening baca terbalik ini..
    walau pun ini spt tak normal, tapi macam satu kelebihan pula bila dapt baca & buat benda2 dlm keadaan terbalik...:)

    ReplyDelete
  9. bergantung pd keadaan. Kekadang badan yg bergerak, kadang2 kasut yg dipusingkan :)

    ReplyDelete
  10. Ok dia tu amat sesuai kerja jd ustazah.. Senang nak baca terbalik :-)

    ReplyDelete
  11. pelik kn bojana tu,heheh xleh bygkan kalau tgk tv tbalik,hahah

    ReplyDelete

  12. Salam =) Jom join segmen 1st saya =)

    http://duniaitusfera.blogspot.com/2013/05/nak-aku-klik-iklan-korang.html

    p/s: Hihi. Masa ajar hari tu pun saya rujuk buku budak di meja hadapan sekali sedangkan sendiri ada buku. Budak tu pun pusingkan buku dia sebab mungkin dia fikir sy xblh baca terbalik. But I just, "xpe. ustazah blh baca mcm ni je." skrg baru tau mcmna ustaz2 dulu2 blh baca buku terbalik. hihi

    ReplyDelete
  13. mintak perhatian

    http://weeweennie-story-of-life.blogspot.com/2013/06/attention-please-followers-blog-ni-sila.html

    ReplyDelete
  14. Tolong baca sini :( thanks. http://weeweennie-story-of-life.blogspot.com/2013/06/attention-please-followers-blog-ni-sila.html

    ReplyDelete
  15. unik n menarik la hidup dia...lain dr yg lain...

    ReplyDelete