Kesan dari beli majalah...rentetan POST ni dan Gie suka juga POST ni dari Blog The Other Khairul
Rasanya masih belum terlambat mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Ustaz kegemaran ramai. Tiba-tiba teruja bila suami kata Ustaz Don dah kahwin...(mood raya time tu).
Doa untuk pengantin:
Yang penting perkahwinan Ustaz ringkas dan mudah. Semoga menjadi pengajaran kepada insan lain yang ingin mendirikan rumahtangga.
Sedikit dari Majalah Mingguan Wanita..dipetik dari SINI
Ustaz Don Doa Dikekalkan Rasa Takut
Majlis Ikut SunnahSama seperti majlis resepsi, majlis akad nikah Ustaz Don dan pasangannya sebelum ini diatur dengan penuh kesederhanaan. Aturan sunnah Rasulullah S.A.W dituruti sepanjang majlis yang berlangsung dalam suasana penuh damai.
Sebaik sahaja selesai ijab qabul, Ustaz Don menyerahkan sendiri borang perjanjian perkahwinan kepada Husna yang ketika itu berada di dalam bilik. Selepas menandatangani borang berkenaan, kedua-duanya melakukan sunnah selepas ijab qabul iaitu menunaikan solat sunat berjemaah suami dan isteri.
Usai solat kedua-duanya menuju ke arah pelamin untuk menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan sebelum Ustaz Don meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya sambil membacakan doa yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud.
Sementara itu majlis resepsi yang berlangsung di KUIS pula dilaksanakan untuk meraikan kegembiraan pasangan pengantin bersama saudara-mara, sahabat handai, rakan sejawatan dan tok guru yang pernah mengajar Ustaz Don.
Tiba jam 11 pagi, Ustaz Don ceria melayani tetamu jemputan yang dianggarkan dalam 2000 orang. Tiada majlis persandingan dilakukan sebaliknya majlis berlangsung begitu ringkas.
Good entry uols! tulah kalo boleh nak jer berpesan-pesanan pada adik2 dan ahkak2 yang bakal jadi pengantin atau dalam perancangan tuh, buat majlis yang sempoi, ringkas, besederhana, mengikut syarak dan pentingkan yang wajib dan jamu tetamu yg datang untuk meraikan, semoga tiada dosa lain yang kita dapat diwaktu mendirikan masjid..
ReplyDeletesemoga dengan bersederhana, bertambah berkat kehidupan kemudiannya...amin.
DeleteBile tgk entry ni,rase tak sabar nk kahwin..Doa2 kan ye mrs.green..he2..Bahagia sgt tgk ustaz Don dan Husna..ouch..
ReplyDeletebukan cik rossa je yang tak sabar, saya pun rasa nak ulang balik....apekah?..tp tu semua dah lepas, jdkan pengajaran....
DeleteKebahagiaan yang tak terungkap...hihihi
berangan nanti anak nak kahwin wak cenggini...
ReplyDeleteohhhh~ tinggi nya angan2 kan... ;)
baguih-baguih...angan2 dulu tau
Delete