Thursday 6 December 2012

Komitmen...

Rindu pula dah lama tak update, korang sihat ke?

Semoga sentiasa dalam lindunganNya.

Setiap hari seperti sama je rutin harian yang kita mesti lakukan.... mengasuh anak-anak, masak, basuh pakaian, sidai, lipat, mengemas lagi, lagi dan lagi.

Tapi tu baru rutin yang dah kahwin..

Yang belum kahwin pun sama je..jangan ingat korang takde komitmen.

Bukan nak menakutkan, cuma bersedialah sebab setiap perkara ada dugaannya.

Itu sudah lumrah.

Lagi....



(sumber : google)



Belum lagi kes ibu bekerja..kerja di tempat kerja, balik rumah pun ada kerja sedang menanti dan apatah lagi mood sentiasa kena stabil.

Kerja memang kena hadap, kena buat.

Cuma yang setiap hari tu mood je yang berbeza dek kerana banyak perkara yang kadang-kadang datang sekaligus. 

Macam mana agaknya bila seseorang tu dapat buat semua kerja maintain je setiap hari?  

Tak jemu ke? 

Tak penat ke? 

Apa motivasi  yang diorang guna sampai tinggi betul motivasinya...tabik spring toin toin toin... 

Ya betul, kerja memang tak pernah habis selagi hidup, cuma manusia je pandai ke tidak mengatur kerja mengikut masa. 

Sejauh manapun manusia pandai mengatur masa, namun ketentuan Maha Pencipta tiada siapa dapat menyangkalnya kerana jika dapat menyiapkan rutin harian sekalipun namun kualitinya pasti tidak sama.

Apabila tiba suatu masa kita dihujani dengan kerja, kerja, kerja...aaaaaaaaaa kerjaaaaaaaaaaaaa, terasa beban seperti batu atas kepala.

Sedar tak yang Allah sedang menguji kita?

Allah nak kita sedar yang kita mesti berbalik padaNya.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku.

Ya Allah, aku berserah kepadaMu atas segalanya.

Ya Allah, berkati aku.



***'Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok akan lebih baik dari hari ni'.

4 comments:

  1. Inilah salah satu percaturan hidup.Kerja adalah salah satu ibadah.Hari2 koje..dan hari2 juge kite ade perbelanjaan,makan minum dan sebagainye.Pusing2 pun situ jugak kan.Memang betullah hidup kite sentiasa berputar.Komitmen pun sentiasa bertambah.hwa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan mengingati ia adalah ibadah barulah hati bertambah senang, tenang...

      Delete
  2. kite sentiasa perlu bersyukur dan sentiasa mengingatiNya..klu boleh stiap minit,stiap masa dan setiap hari.. mengucap alhamdulilah dengan apa yg diberi olehNya.barula hidup sempurna :)

    ReplyDelete
  3. Betullah cik shomel...bila kita bersyukur walaupun pahit, ia bertukar jadi manis...Allah Maha Besar

    ReplyDelete