Thursday 27 September 2012

Menu #10 : Betulkah warna tu penting?Lagi?

Salam,





Kalau kamu-kamu tanya ni nasi apa, memang Gie tak tahu nak jawab apa. Sebenarnya berangan nak masak nasi arab tapi tak abis study lagi dan bahan pun tak cukup, so ni ala-ala nasi minyak(syok sendiri). Korang bolehlah try kala idea memasak tu tak mai and anakanda nak rasa yang lain dari yang biasa. Inilah warna-warni kehidupan....barulah selera mai.


Jom campak-campak aje...


Untuk nasi 

  • 4 cawan beras biasa
  • 1 biji bawang besar
  • 3-5 ulas bawang putih
  • ketumbar
  • jintan manis
  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • badam
  • habatussauda
  • minyak masak
  • minyak sayuran
  • pewarna kuning atau serbuk kunyit

Cara buat

  • rendam beras yang telah dicuci bersih
  • bawang besar dan bawang putih dirajang sahaja
  • Panaskan minyak masak dan minyak sayuran dalam kuali
  • Masukkan bawang besar dan bawang putih untuk ditumis sehingga naik bau
  • Masukkan ketumbar, jintan manis, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehinnga wangi
  • Masukkan semua bahan tumisan beserta minyak menumis tadi ke dalam beras yang akan ditanak seperti biasa, tambahkan sedikit garam dan masukkan badam dan habatussauda. 
  • Jangan lupa letak daun pandan.
  • Setelah air kering, letak pewarna.

Untuk resepi kurma telur, semua pandai dah kan. Kalau tak pun p study kat Mr. google.


Untuk acar mentah

  • 1 biji timun
  • 1 biji cili merah
  • Sedikit bawang besar
  • Cuka kurma (boleh rujuk DI SINI)
  • Madu masakan
  • Sedikit air masak

Cara buat

  • Timun dibelah tengah dan isinya yang berbiji dibuang dan dirajang serong
  • Rajang bawang dan cili merah juga
  • Gaul kesemua bahan dan perasakan dengan cuka kurma dan madu masakan
  • Tambah air ikut selera masing-masing.

Untuk ulam-ulaman terpulang pada citarasa masing-masing.



**Selamat Memasak:)




3 comments:

  1. Menarik pada mata bila ada warna-warna itu yg buat selera bertambah..

    ReplyDelete
  2. haaaaa....warna-warni lagiiiii...nasi arab??...Cik Ngah nak buat nasi beriyani pun tak lepas2 lagi ni..huuuu

    ReplyDelete
  3. Telur tu nmpk menyelerakan..ouch, kari ke kurma tu uols?menjejes mak

    ReplyDelete