Monday 17 December 2012

Treatment

Lahir ke dunia
Muda belia
Tua tiba
Sakit pula menjelma
Ada hikmahnya
Kerana..
Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit

Lahir ke dunia
Muda belia
Masih ada yang tua
Resah melanda
Doakan sentiasa
Semoga sihat sentiasa

-----------

Kerja salah satu ibadah
Setiap kerja ada dugaannya
Terkadang dihormati
Terkadang dihina
Terkadang resah melanda
Fikir semula
Berhenti seketika
Teguran dari yang Maha Esa 
Walaupun melalui hambaNya

Langit tak selalu bercahaya
Terkadang gelap-gelita
Cari Sang Pencipta
Cerita padaNya
Bahawa hati sedang gundah-gulana
Namun tak sabar menanti petunjukNya
Apakah hikmah di sebaliknya?
Hati kenapa sering berprasangka?
Kita tak mampu hadapinya
Serah semua padaNya
Pasti sinar akan menjelma
Pujuklah hati

----------

Menjadi lumrah
Mencari sahabat
Tempat bercerita
Bukan pula tempat bergantung
Bukan minta simpati
Cuma mahu bersama
Sebab rasa selesa

Menjadi sahabat
Terkadang bukannya mudah
Terkadang lidah tersasar
Dek hati yang terkadang mati 
Membuat rasa tak selesa
Pohon maaf dari hati
Moga diri dimaafi
Jangan pendam seorang diri
Membuatkan hati satu lagi tertanya-tanya
Di mana salahnya

----------

Masalah melanda
1 datang
2, 3, 4 menyusul pula
Umpama "The day when everything going wrong"
Ya ia boleh dikira
Tak perlu lari
Mari selesaikan
Cari jalan penyelesaian
Bukan memikir tanpa menyelesaikan
Memang berat
Memang tak sangka
Bertubi-tubi pula
Apakan daya..
Semua perancanganNya
Maka mari kembali kepadaNya
Semoga ada jalannya..

----------

Terkadang dalam resah
Ia menjelma
Si dia
Meng'happy'kan diri
Allah datangkan 
Melalui si dia
Oh nikmatnya
Dalam pahit
Masih ada manisnya
Apabila kita serahkan segala padaNya
Bukan tak mahu berusaha
Dalam hilai tawa
Ada doa
Semoga yang Maha Esa
Beri petunjuk
'TQ' untuk si dia
Alhamdulillah rupanya si dia yang terpilih




(foto: kredit to rossa)

**"treatment diri"





6 comments:

  1. ehemmm...panjang coretannya...ada yg terkesan di hati ke...ermmm...weeee sedapnya eskremmm...

    ReplyDelete
  2. Dalam gembira ade duka,dalam nangis ade tawa,dalam hati ade taman.he2...tetibe ade taman lak.wahaha...takpela u oll's mungkin ade hikmahnye kite hadapi semua ni.Maybe ade yg lebih baik yg nak ditunjukkan.Papepun kita berdoa semoge ade sinar utk hari esok and must think positif walau hati ini dilukai.ouch..tak menahan nengok kek warm choc.tu.Best kan.Pengsan nak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gie tgh berusaha think positif cik rossa...tp tak sangka besar btul dugaan ni...yg lagi tak sangka ada gak kek jenis warm chooc cam ni...sodap sangattttttt!

      Delete
  3. Memang terguris..Allah saja yang tahu..Cuba untuk memafkan namun payah rasanya. Cuba nak ikhlaskan namun jauh letaknya. Balik semula pada Allah. Mohon Allah tunjukkan dan akhirnya cuba bangkit lagi! terima kasih untuk si Dia pemberi kata semangat dan menjadi penyejuk hati. Tak tertanggung dah rasa ini.Penat dengan semua ni..musibah yang datang sebagai iktibar utk kita cerminkan apa yang terzahir oleh perbuatan dan rasa yang diberi dan diterima..God bless u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama bangkit...mungkin ni semua bisa mematangkan diri, mengentalkan diri, mensasakan diri juga kah?kihkihkih

      Delete