Wednesday, 20 February 2013

Mudah dan cepat


Jom masak.

Hasil masak asal kenyang perut orang kata...hihihi.

Menu mudah asal cepat then keno dengan selero seisi keluarga.

Rasa-rasa idea nak masak tu macam tak mai-mai...meh nak bagi idea.

Kalau kamu orang pergi dapur buka periuk nasi, then paras nasi macam tak luak mana pun...apa lagi buat nasi goreng la kan.

Kalau rasa macam tak berapa high class, maka korang buatlah sup fish ball sikit ke apake untuk makan sekali,,,haa macam kat kodai dah tu.





Resepi Nasi Goreng


  1. Nasi 
  2. Bawang putih
  3. Udang kering
  4. Cili merah
  5. Sos tiram
  6. Garam
  7. Sayur kangkung
  8. Ikan bilis


Cara


  1. Nak sodap kenalah tumbuk bawang putih, udang kering dan cili merah tu.
  2. Lagi banyak bawang putih lagi wangi.
  3. Bila letak bawang putih banyak-banyak so bolehlah kurangkan penggunaan garam dalam masakan.
  4. Tumis bahan yang dah tumbuk tak berapa lumat tu sampai naik bau.
  5. Lepas tu bubuh garam,sos tiram sikit, masukkan sayur kangkung, then nasi.
  6. Gaul rata then dah puas hati bolehlah dihidang dengan menaburkan ikan bilis yang telah digoreng rangup.


---------------------------


Chicken boxing ke boxing chicken? apa-apa je lah ye asal boleh diterima dek tekak ni.

First makan benda ni masa urus event kat hotel.

Hui tak menahan benda ni untuk menu minum petang.

Minum petang mak masa dolu-dolu pisang goreng jo...hihihi.




Resepi Ayam Main boxing

  1. Bahagian kepak ayam ambil part isi banyak je, kan ada yang dah siap potong kat market kan.
  2. Serbuk kunyit
  3. Serbuk ketumbar
  4. Garam
  5. Serbuk lada hitam kasar
  6. Serbuk Italian seasoning
  7. Minyak ye dak.



Cara

  1. Hambo nak cepat sebab terlupa nak defrost ayam tu, so balik je dari kerja terus kukus sambil bubuh serbuk ketumbar,serbuk lada hitam, serbuk Italian dan sedikit garam.
  2. Kukus sampai lembut.
  3. Lepas tu gaul pula dengan serbuk kunyit dan tambah sedikit garam lagi nak balance balik rasa masin.
  4. Then terus goreng sekejap je asal nampak kuning keemasan...huhu golden je.



-------------------------


Hari tu duk jalan-jalan kat blog orang..eh takkan blog hewan pula...hihihi

Ternampak Ayam Goreng Kunyit yang femes sangat kat ke-el tu....hui terliurnya....

Nih cuba pergi tengok SINI.

Walaupun mak(Gie) punya tak berapa lawo macam tu...hish peduli apa, janji sedap kat tekak sapa lagi tekak Gie la kan.




Nak resepi tak?

Eh tak yah tanya-tanya kan..., bagi aje.


Resepi Ayam Goreng Kunyit

  1. Isi ayam bahagian dada yang kamu orang tak berapa suka tu kan, hihi tak suka ye tapi bahagian tu yang kurang lemak.
  2. Serbuk kunyit
  3. Garam
  4. Bawang Holland
  5. Kacang panjang



Cara

  1. Goreng ayam yang dah digaul garam, kunyit tu jap, tak mau lama sangat kang keras pulak.
  2. Masukkan bawang dan kacang tadi.
  3. Siap.
  4. Angkat.
  5. Nak pedas, gaul je dengan sambal belacan pedassss macam yang gambar kedua tu.
  6. Makan dengan nasi putih panassss.



Dap dap dap!!!!



**Selamat mencuba dan  jangan lupa Bismillah dulu sebelum masak dan makan:) 




16 comments:

  1. sedap nyerrr.. aduh lapar lah pulak .. hihi

    ReplyDelete
  2. tgahari dtg sini nmpk lauk2x yg best...laporrr.. ==!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dh kenyang alhamdulillah...terselamat den

      Delete
  3. kadang2 yang simple2 tu la yang buka selera kita..ikan sepat masin perakan limau kasturi...nasi panas..kicap..pun power..hihihi..

    ReplyDelete
  4. yg simple lg sdp....sy yg ke 99 follow sini...tq....

    ReplyDelete
  5. Okeh,pasni,hantar balik rumah,kena singgah n order nih.,,,heeeeheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. order je tp bila dpt tak tau maa..hihihi

      Delete
  6. Hui..meleleh air tekak nengok.nak la salin resepi..ayam goreng kunyit tu yg resepi u oll's tgk ari tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala iolls agak2 je, syok sendiri asal keno dengan tekak sendirik

      Delete
  7. alamakkkk, iols dhla tgh ala2 lapor nih, sbr tggu luch 12.30,menjejes tgk nasi goreng uols, yg penting ade ikan bilis je, mak sukaaa! ade delivery ke cyber tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak gak anto sane tapi pak driver cuti plak

      Delete
  8. semua sdp , tq share resepi2 ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. korang kalau buat dengan kasih sayanggggg memang sedap aje walaupun telur goreng

      Delete